• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: e-Invois Mungkin Beri Impak Minimum Terhadap Jualan Kereta

Kajian: e-Invois Mungkin Beri Impak Minimum Terhadap Jualan Kereta

December 12, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNAAN e-Invois dijangka memberikan impak minimum kepada jualan kereta, dengan syarikat pengeluar giat menawarkan diskaun dan rebat untuk memastikan permintaan kekal tinggi.

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz berkata, walaupun e-Invois mungkin memberikan sedikit kesan kepada pembiayaan sewa beli, ia tidak akan menjejaskan sentimen pengguna.

Menurut beliau, pelaksanaan e-Invois mungkin menghentikan pembiayaan 100 peratus sewa beli, tetapi pelanggan masih boleh mendapat insentif menarik dari pengeluar kereta yang berusaha mengurangkan kesan negatif.

Dari perkembangan positif, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dijangka menurunkan kos alat ganti automotif menjelang separuh kedua 2025, memberi ruang kepada pengeluar meningkatkan margin keuntungan mereka.

Pasaran kereta mampu milik juga dijangka kekal kukuh, terutamanya bagi golongan B40, yang tidak terkesan oleh rasionalisasi subsidi bahan api. Kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024 turut memberikan impak positif terhadap kuasa beli mereka.

Bagaimanapun, bagi golongan M40 pula, Wan Mustaqim meramalkan bahawa mereka mungkin menangguhkan pembelian kereta baharu atau beralih kepada kenderaan lebih kecil atau kenderaan elektrik (EV) untuk kurangkan kos bahan api.

Sementera itu, bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) dijangka terus berkembang pesat, dengan peningkatan pendaftaran BEV daripada 274 unit pada 2021 kepada 16,000 unit pada 2024. Insentif pengecualian SST untuk BEV dan kemudahan EV lain bakal terus menyokong pertumbuhan ini, dengan sasaran nasional untuk EV dan kenderaan hibrid mencapai 15 peratus daripada TIV menjelang 2030.

Kerajaan juga merancang untuk mempercepatkan pembinaan stesen pengecasan EV, dengan sasaran 10,000 stesen menjelang akhir 2025 bagi memastikan kemudahan pengecasan lebih mudah diakses.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, e-Invois, jualan kenderaan, kajian, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid, Pasaran Automotif, stesen pengecasan EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my