KERAJAAN Negeri Johor bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) telah sepakat untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang akan fokus kepada perbincangan mengenai masalah kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik melibatkan Sistem Rapid Transit (RTS).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan bahawa penubuhan pasukan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil 3/2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, semalam.
Menurut beliau, mesyuarat tersebut turut membincangkan pelbagai isu dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya di Johor Bahru dan Lembah Klang yang semakin kritikal dan memberi impak kepada kesejahteraan rakyat.
Kerajaan negeri juga membentang beberapa inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pengenalan rangkaian infrastruktur pengangkutan dan penyuraian trafik di kawasan 'Greater JB' dengan pengenalpastian 77 kawasan sesak yang melibatkan empat pihak berkuasa tempatan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata;
Beberapa cadangan penting seperti Park & Ride untuk perkhidmatan bas, penambahan laluan bas henti-henti, dan pengembangan infrastruktur jalan raya di Johor, terutama di kawasan Grater JB, turut dibentangkan."
Justeru, beliau yakin bahawa dengan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan dapat merealisasikan segala inisiatif yang telah dirancang bagi memastikan isu kesesakan dan keselamatan jalan raya terus diberikan perhatian utama demi keselesaan rakyat Johor.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply