• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Honda Civic 2025 Facelift Dibuka, Lancar Januari 2025

Tempahan Honda Civic 2025 Facelift Dibuka, Lancar Januari 2025

December 12, 2024 By Syafie 1 Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk model sedan segmen-C, Honda Civic 2025 versi dipertingkat (facelift) yang dibuka dengan gaya, prestasi, dan inovasi baharu serta bakal memasuki pasaran Malaysia Januari 2025.

Honda Civic 2025 baharu ini didatangkan dalam dua varian: e:HEV RS dan Petrol RS. Kedua-dua varian ini mempunyai rekabentuk tersendiri seperti gril depan mengikut warna badan dan kemasan gril bawah untuk e:HEV RS, manakala varian Petrol RS pula menerima gril depan hitam dan kemasan gril bawah.

Varian e:HEV RS mempunyai rekabentuk rim aloi baharu Matte Grey bersaiz 18 inci bagi meningkatkan lagi penampilan agresif atas jalan raya.

Di sebalik bonet e:HEV RS dilengkapi trenkuasa e:HEV 2.0L yang mampu memberikan output kuasa 184ps dan tork 315Nm, manakala varian Petrol RS dikuasakan enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 182ps dan tork 240Nm.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Civic adalah simbol komitmen Honda terhadap inovasi dan keseronokan pemanduan.

Dengan pengenalan model baharu ini, kami mahu mengukuhkan lagi kehadiran kami di pasaran dengan memperkenalkan kenderaan yang menggabungkan ciri canggih, prestasi dinamik, dan rekabentuk elegan, memberikan pakej lengkap dengan menawarkan pengalaman holistik yang mengubah cara kita memandu hari ini."

Honda Civic 2025 facelift ini juga dilengkapi teknologi bantuan pemandu Honda SENSING sebagai standard yang terdiri daripada sembilan ciri keselamatan.

Ciri Honda CONNECT pula ialah inovatif baharu sistem konektiviti dihasilkan Honda untuk menghubungkan sistem infotainment dan kereta dengan telefon pintar.

Sebagai antara model Honda paling disukai, Honda Civic mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Malaysia. Sejak pengenalan generasi ke-11 pada 2022, lebih 28,000 unit sudah dijual di seluruh negara. Model ini kekal menjadi pilihan utama dalam sedan segmen-C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016, dengan 70 peratus bahagian pasaran pada Oktober 2024.

Bagi pelanggan yang mahu membuat tempahan model ini, sila layari prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch.

Maklumat lanjut boleh mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda seluruh negara, menghubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari honda.com.my.

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Civic 2025, Honda Civic 2025 Facelift, Honda Civic e:HEV RS, Honda Civic RS, Honda Malaysia, sedan segmen-C

Comments

  1. Ms Wong says

    December 13, 2024 at 2:39 PM

    Worse case ever - don't be fooled!
    Less than 1 year - steering rack repeated problem with loud creaking sound like the whole steering is falling off!
    So dangerous to drive, hard to control.
    Battery kaput, air-con kaput - win Best Defect Car of the Year!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev