• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai IONIQ 5 N Menang Anugerah Kereta Prestasi China 2025!

Hyundai IONIQ 5 N Menang Anugerah Kereta Prestasi China 2025!

December 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN kenderaan di China sememangnya kompetitif di sebalik jualan mencecah puluhan juta unit setahun. Jenama tempatan dan asing sama naik di sana.

Walaupun memiliki pasaran besar, pengeluar tempatan juga giat meneroka pasaran luar termasuk di negara kita.

Ini pula berita menarik apabila Hyundai IONIQ 5 N diiktiraf sebagai Kereta Prestasi Terbaik (Performance Car of the Year) untuk 2025 dalam Anugerah Kereta Terbaik China (China COTY).

Anugerah China COTY dimulakan pada 2012 dan dianggap sebagai paling adil dan berwibawa di China. Anugerah ini dinilai panel yang terdiri daripada 48 jurnalis automotif dan individu pempengaruh (KOL).

Anugerah China COTY dibahagikan kepada tujuh kategori seperti Kereta Terbaik Tahunan dan enam lagi mengikut jenis kenderaan.

Prestasi hebat dan inovasi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik buatan Hyundai itu diperakui sejak awal November lalu apabila dihimpunkan dalam 10 senarai Anugerah Kereta Prestasi Terbaik Tahunan.

Pada 22 November, Hyundai IONIQ 5 N memasuki senarai tiga terbaik yang bersaing dengan Lynk & Co dan Mercedes-Benz.

Pasukan juri turut melakukan pandu uji dan terpilih daripada 112 model merentasi tujuh kategori berbeza yang mana Hyundai IONIQ 5 N menang berbekalkan 211 mata.

Sejak tampil buat kali pertama pada Festival Goodwood pada 2023, Huyundai IONIQ 5 N digemari media dan pemandu serata dunia.

Hyundai IONIQ 5 N sudah memenangi banyak anugerah seperti Kereta Terbaik Top Gear 2023 dan Kereta Hot-Hatch Elektrik Terbaik Top Gear 2024, Kereta Prestasi Dunia dalam Anugerah Kereta Dunia 2024 dan Kereta Elektrik Terbaik 2024 daripada majalah Car and Driver.

Hyundai IONIQ 5 N turut memenangi Anugerah Rekabentuk Produk iF 2024 dan tersenarai dalam Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems 2024. CAR Magazine pula menamakan IONIQ 5 N sebagai Kereta Prestasi Elektrik Terbaik Dunia pada Mei 2024.

Hyundai IONIQ 5 N dibekalkan motor depan dan belakang berkuasa 478kW (650ps/N Boost) dengan rev hingga 21,000rpm. Fungsi N Boost melonjakkan kuasa 10 saat apabila pemandu memerlukan.

Bateri litium-ion yang dibekalkan memiliki kapasiti 84kWj, manakala pecutan 0-100kmj hanya 3.4 saat (Boost) dan kelajuan maksimum 260kmj.

Hyundai IONIQ 5 N.01
Hyundai IONIQ 5 N China.04
Hyundai IONIQ 5 N China.02
Hyundai IONIQ 5 N China.01
Hyundai IONIQ 5 N China.03
Hyundai IONIQ 5 N Car and Driver
Hyundai IONIQ 5 N.02
Hyundai IONIQ 5 N iF 2024
Hyundai IONIQ 5 N iF 2024 01

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Anugerah Kereta Terbaik China (China COTY), CCOTY 2025, China Car of The Year 2025, hyundai, Hyundai Ioniq 5, Hyundai IONIQ 5 N, Roda4, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev