• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Speed Limited Device' Wajib Pasang dalam Bas Kategori CKD, Mula 1 Januari 2025

'Speed Limited Device' Wajib Pasang dalam Bas Kategori CKD, Mula 1 Januari 2025

December 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BERMULA 1 Januari 2025, bas dalam kategori pemasangan tempatan (CKD) diwajibkan memasang peranti pengehad halaju (Speed Limiter Device) sebagai inisiatif meningkatkan aspek keselamatan jalan raya.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil 3/2024 sebagai persediaan menjadi Pengerusi Asean 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemasangan alat berkenaan akan dibuat menerusi Prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

Langkah itu bertujuan meningkatkan pematuhan had laju dan mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan komersil.”

Menurut Zahid, yang juga Pengerusi JKMKKJR, pelaksanaan Lorong Khas Bas sejak 3 Julai 2023 di Jalan Ampang, Jalan Genting Klang, dan Jalan Klang Lama memberi kesan positif.

Pelaksanaan lorong ini memberikan pelbagai manfaat seperti:

  • Peningkatan jumlah penumpang harian
  • Masa perjalanan pendek
  • Peningkatan kelajuan komersil

Kejayaan ini mendorong perlaksanaan lorong khas bas diperluas ke laluan baharu di Lembah Klang dan Georgetown, Pulau Pinang mulai November 2024."

“Ini termasuk RM10 juta diperuntukkan bagi peluasan lorong khas bas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras, dan Jalan Gombak sepanjang 47km,” katanya.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Kategori CKD, Completely Knocked Down (CKD), Lorong Khas Bas, Pengerusi ASEAN 2025, Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR), Prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), Speed Limited Device, Timbalan Perdana Menteri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my