• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Tunjuk Lakaran SUV Segmen-B, Stonic - Mampukah Gugat Honda HR-V?

Kia Tunjuk Lakaran SUV Segmen-B, Stonic - Mampukah Gugat Honda HR-V?

June 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA secara rasmi menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak baharu jenis crossover keluaran pengeluar dari Korea itu sebagai Stonic dan turut mempamerkan lakaran pertama model tersebut yang dijangka berada di pasaran selepas penggal kedua tahun ini.

Penggumuman itu dibuat tidak lama selepas tersebarnya foto intipan dan video teaser SUV kompak baharu keluaran syarikat induknya, Hyundai Kona, penghujung bulan lalu. Sekali imbas, rekabentuk Stonic mirip SUV pesaing sedia ada seperti Toyota C-HR dan Nissan Juke dengan garis bumbung melayang ke belakang, gerbang roda maskular dan permukaan badan berlekuk.

BACA >>> Foto Teaser Hyundai Kona (2017) Papar Imej Lampu Saja, Harap Bersabar

VERSI REALITI JUGA DRAMATIK?

Apapun, model sebenar atas jalan kebiasaannya berbeza dan kurang dramatik berbanding apa yang dilakarkan atas kertas. Namun, imej intipan Stonic versi realiti memang mengancam!

Walaupun imej dalaman masih belum didedahkan, Kia memaklumkan Stonic akan mengetengahkan rekaan kabin gaya Eropah yang senada rekaan luaran SUV itu dengan kehadiran garis lurus, permukaan lembut dan bentuk rekaan geometri.

Stonic juga didatangkan dengan pakej pintar untuk memaksimumkan ruang semua penumpang, manakala antaramuka manusia-mesin (HMI) mampu menghubungkan akses telefon pintar dengan fungsi kereta. Malah, menurut Kia, penampilan luaran dan dalaman Stonic boleh diberikan personaliti tersendiri secara custom.

Mengenai spesifikasi, Stonic bakal ditawarkan dalam enjin 1.4L petrol dan 1.6L diesel di Eropah, dan mungkin juga ada varian 1.6L petrol di Amerika Utara. Masih belum jelas sekiranya Kia ada menawarkan opsyen pacuan semua roda (AWD) bersama model-model pacuan roda-depan (FWD) standard.

Jika dibawa masuk ke Malaysia, Naza Kia bakal melengkapkan tiga barisan SUV di pasaran tempatan selain Sportage dan Sorento, yang mana Stonic akan diposisikan di bawah Sportage. Mungkinkah kehadiran Stonic akan menggugat keselesaan Honda HR-V?

Apatah lagi harga bagi SUV segmen-B di Malaysia agak kompetitif. Tambahan pula pengeluar Korea di Malaysia kebiasaanya menawarkan harga lebih rendah berbanding pesaing Jepun bersama tambahan ciri yang lebih premium.

kia-stonic-pandulaju-sketches-1
kia-stonic-pandulaju-sketches-2
kia-stonic-pandulaju-spyshot-1
kia-stonic-pandulaju-spyshot-2

SUMBER: Car Scoops

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Stonic, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev