• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Catat Jualan 12,194 Unit pada November 2024, Kekal Jenama Kedua Paling Popular Malaysia

Proton Catat Jualan 12,194 Unit pada November 2024, Kekal Jenama Kedua Paling Popular Malaysia

December 9, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON mencatatkan jualan 12,194 unit kenderaan sepanjang November 2024, sekali gus kekal sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia dengan jualan 137,751 unit setakat tahun ini.

Jumlah jualan November lalu itu membabbitkan pasaran domestik dan eksport dengan penurunan 4.7 peratus berbanding Oktober 2024. Penurunan tersebut selaras pengurangan jumlah keseluruhan industri (TIV) 4.1 peratus untuk julan automotif tempatan.

Walaupun jumlah jualan automotif Malaysia mengalami pengurangan pada November, TIV setakat tahun ini hampir mencecah 10,000 unit yang lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2023.

Setakat ini, 731,026 unit kenderaan sudah terjual yang dijangka melepasi paras 800,000 unit tahun ini buat kali kedua, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran kenderaan penumpang dengan jumlah jualan kedua tertinggi di Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, menjelang bulan terakhir 2024, semua pihak di Proton sedang bersiap sedia untuk mendorong angka jualan menjelang hujung tahun.

Komitmen kami dalam menghasilkan kenderaan berkualiti terbukti melalui kejayaan berterusan model-model seperti Proton X70, Proton X90, dan Proton Saga, yang semua mencapai kejayaan penting tahun ini.

"Dengan pelancaran Proton e.MAS 7 yang dinantikan pada 16 Disember ini, disertai pertumbuhan eksport menggalakkan dan tumpuan kepada inovasi, kami yakin Proton akan terus menjadi peneraju dalam industri automotif, baik dalam negara atau peringkat antarabangsa."

Berikut perincian jumlah jualan kenderaan Proton sepanjang November 2024:

  • Proton Saga: 5,916 unit
  • Proton X50: 1,911 unit
  • Proton Persona: 1,394 unit
  • Proton S70: 1,312 unit
  • Proton X70: 1,065 unit
  • Proton Iriz: 319 unit
  • Proton X90: 277 unit

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Proton November 2024, Pengeluar Kereta Nasional (Proton), Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev