• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NETA V Jadi EV Pertama Dapat Penarafan Sifar Bintang Asean NCAP

NETA V Jadi EV Pertama Dapat Penarafan Sifar Bintang Asean NCAP

December 9, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PROGRAM Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (Asean NCAP) mengeluarkan keputusan penilaian terbaharu bagi model kenderaan elektrik (EV), NETA V yang berlangsung di Pusat Kemalangan CRASE MIROS (PC3) di Malaysia.

NETA V bukan saja menjadi EV pertama dinilai Asean NCAP, tetapi juga menjadi model pertama mendapat penarafan sifar bintang di bawah protokol Asean NCAP 2021-2025.


Secara keseluruhan, model ini meraih skor 28.55 poin daripada penilaian empat kriteria utama dengan jumlah keseluruhan 100.00. Berikut pecahan skor berdasarkan empat kriteria utama tersebut:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 7.89 poin.
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 13.51 poin
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SA): 7.14 poin
  • Keselamatan Motosikal (MS): 0.00 poin

Model EV varian tunggal yang turut dipasarkan di Brunei, Indonesia, dan Thailand itu menawarkan dua beg udara, Sistem Peringatan Tali Keledar (SBR) untuk pemandu sahaja, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)  sebagai standard.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian ranap ofset depan dan ujian impak sampingan bawah kategori AOP, Neta V menunjukkan prestasi buruk apabila mendapat sifar ujian ofset depan dengan pemandu mendapat perlindungan lemah pada kepala, leher, dada, dan kaki kanan.

Dalam ujian impak sampingan pula, NETA V hanya mencapai 6.31 poin melebihi 8.00 poin dengan dummy mendapat perlindungan kecil pada dada. Malah model ini tidak dipasang sebarang Teknologi Perlindungan Kepala (HPT) yang menyebabkan tiada sebarang mata diperoleh dalam penilaian.

Penilaian dinamik untuk kategori COP pula menunjukkan prestasi baik dalam kedua-dua ujian ofset depan dan impak sampaingan, tetapi masih mendapat poin lemah untuk pemasangan Sistem Penahan Kanak-Kanak (CRS).

Faktor lain menyebabkan model ini mendapat sifar bintang juga disebabkan tiada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).

Semua teknologi dinilai Asean NCAP di bawah kategori MS seperti Teknologi Titik Buta (BST), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP) turut tidak ditawarkan pada NETA V.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN NCAP, Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), MIROS, NETA Auto, NETA V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev