• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2024: SUV Elektrik Honda e:N1 Masuk Malaysia 2025!

#KLIMS2024: SUV Elektrik Honda e:N1 Masuk Malaysia 2025!

December 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Honda e:N1 akan dibawa ke pasaran tempatan bermula tahun 2025.

Ini menandakan firma pengedar dan pemasang kenderaan jenama Jepun itu akan menawarkan produk pertama elektrik penuh (EV) selain model sedia ada membabitkan enjin pembakaran dalaman dan hibird.

Bagaimanapun tiada butiran spesifikasi dikongsi termasuk anggaran harga untuk Honda e:N1. Dua negara jiran kita, Indonesia dan Thailand masing-masing sudah mengesahkan penerimaan SUV elektrik penuh itu.

Laporan sebelum ini mendedahkan Honda e:N1 akan dipasang di kilang Prachinburi, Thailand. Ada kemungkinan versi yang bakal memasuki pasaran Malaysia berbeza sedikit dengan tawaran di Indonesia. Kita tunggu pelancaran Honda e:N1 nanti. Di bawah ini adalah spesifikasi global dan perincian Honda e:N1:

  • Dijana motor elektri tunggal berkuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm dengan sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Menggunakan pek bateri litium-ion 68.8kWh yang dipasang pada lantai kabin.
  • Kelajuan maksimum 160kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.7 saat.
  • Ada tiga mod pandu: ECON, Normal dan Sport.
  • Jarak pemanduan lebih 500km mengikut ujian kitaran pemanduan kenderaan baharu (NEDC), atau 412km, ujian kitaran
  • kenderaan ringan sedunia (WLTP).
  • Pengecasan AC Type 2 hingga 11kW dan pengecasan pantas DC CCS2 hingga 78kW.
  • Pengecas AC mengambil masa enam jam untuk kapasiti 0-100 peratus.
  • Pengecas DC memerlukan 45 minit untuk mengecas 10-80 peratus.
  • Rekabentuk e:N1 mirip HR-V baharu. Bezanya e:N1 menggunakan gril tertutup dan port mengecas diposisikan di belakang gril.
  • Sistem lampu jenis LED
  • Tiada lencana H di belakang, digantikan teks 'HONDA'.
  • Rekaan rim aloi baharu.
  • Dimensi panjang 4,387mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,584mm, manakala jarak roda 2,607mm.
  • Berat kasar 1,756kg.
  • Kluster instrumen digital TFT 10.25 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 15.1 inci.
  • Ada pengecas wayarles, dan sistem Honda CONNECT.
  • Kapasiti ruang but 344 liter boleh dipertingkat kepada 1,136 liter.

Honda E:n1 Klims 2024 - 32
Honda E:n1 Klims 2024 - 2
Honda E:n1 Klims 2024 - 1
Honda E:n1 Klims 2024 - 19
Honda E:n1 Klims 2024 - 13
Honda E:n1 Klims 2024 - 14
Honda E:n1 Klims 2024 - 17
Honda E:n1 Klims 2024 - 16
Honda E:n1 Klims 2024 - 18
Honda E:n1 Klims 2024 - 4
Honda E:n1 Klims 2024 - 5
Honda E:n1 Klims 2024 - 7
Honda E:n1 Klims 2024 - 8
Honda E:n1 Klims 2024 - 9
Honda E:n1 Klims 2024 - 10
Honda E:n1 Klims 2024 - 11
Honda E:n1 Klims 2024 - 12
Honda E:n1 Klims 2024 - 21
Honda E:n1 Klims 2024 - 26
Honda E:n1 Klims 2024 - 31
Honda E:n1 Klims 2024 - 25
Honda E:n1 Klims 2024 - 27
Honda E:n1 Klims 2024 - 20
Honda E:n1 Klims 2024 - 29
Honda E:n1 Klims 2024 - 33
Honda E:n1 Klims 2024 - 34
Honda E:n1 Klims 2024 - 36
Honda E:n1 Klims 2024 - 15

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda e:N1, Honda Malaysia, KLIMS 2024, Roda4, SUV Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev