• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Fakta Honda Jazz Sport Hybrid & Jazz 2017 'Facelift' yang Perlu Anda Tahu - Harga Bermula RM74,800

Fakta Honda Jazz Sport Hybrid & Jazz 2017 'Facelift' yang Perlu Anda Tahu - Harga Bermula RM74,800

June 6, 2017 By Abang GYL 3 Comments

640
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Jazz Sport HybridHONDA Malaysia terus mengorak langkah agresif dengan memperkenalkan Honda Jazz Sport Hybrid dan Jazz 2017 versi dipertingkat (facelift). Lebih mengujakan, kereta subkompak segmen-B itu dipadankan transmisi klac-dual i-DCD (intelligent Dual-Clutch Drive), sama seperti model domestik Jepun (JDM).

Honda Jazz facelift (2017) ditawarkan dalam tiga varian - 1.5L S, 1.5L E dan 1.5L V (spesifikasi tertinggi), manakala Jazz Sport Hybrid hanya satu varian. Apa yang mengejutkan, Jazz Sport Hybrid adalah satu-satunya model hibrid di Malaysia yang dijual pada harga bawah RM90,000.

BACA >>> 100,000 Unit Jualan Tahun Ini, Apakah Honda Malaysia Bermimpi?

HARGA

  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L S - RM74,800
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L E - RM81,000
  • Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L V - RM88,400
  • Honda Jazz Sport Hybrid 1.5L - RM87,500

* Harga atas jalan, termasuk GST dan insuran.

BACA >>> Honda Civic Hatchback 1.5L Turbo - Kami Mahu Model Ini Masuk Malaysia!!!

HONDA JAZZ SPORT HYBRID 1.5L

Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (19)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (15)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (17)

Berikut beberapa fakta penting yang perlu anda tahu mengenai Honda Jazz Sport Hybrid;

  • Malaysia ialah negara kedua selepas Jepun yang menawarkan teknologi klac-dual i-DCD Hybrid System.
  • Honda Jazz Sport Hybrid menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD yang dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM), dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV).
  • Unit Kuasa Pintar (IPU) dibangunkan daripada bateri Litium-ion (Li-ion) untuk memberikan prestasi lebih baik dan kedudukan bateri diletakkan di bawah lantai but belakang.
  • Sistem hibrid Honda sebelum ini menggunakan teknologi Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist - IMA).
  • Sistem IPU baharu 50 peratus lebih berkuasa menyimpan tenaga yang membolehkan penggunaan tenaga elektrik lebih lama (lebih 1.5 kali ganda kapasiti tenaga), walaupun saiz bateri 5.6 peratus lebih kecil berbanding sebelumnya.
  • Gabungan kedua-dua sistem (konvensional dan hibrid) membolehkan Honda Jazz Sport Hybrid mencapai kuasa 135hp dan tork 170Nm yang menyamai kuasa enjin 1.8L.
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) turut ditala semula supaya tampil lebih sporty dan selesa dipandu.

BACA >>> 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

HONDA JAZZ 2017 FACELIFT

Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (14)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (8)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (5)
  • Honda Jazz 1.5L facelift petrol pula menampilkan perubahan seperti gril krom, rekaan bampar depan dan belakang, rim aloi dua-tona, lampu siang (DRL) LED.
  • Dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC dengan transmisi variabel berterusan (CVT).
  • Sistem masukan pintar dan punat penghidup enjin pula didatangkan standard bagi semua varian.
  • Opsyen kerusi semi-kulit dan kamera undur.
  • Dilengkapi ciri keselamatan Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Daki (HSA).
  • Ada opsyen 6-beg udara dan pautan ISOFIX.

BACA >>> Honda CR-V 2017 Kini Dalam Versi Turbo - Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi!

GALERI

Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (18)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (11)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (8)
Honda Jazz Sport Hybrid
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (12)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (9)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (16)
Honda Jazz Sport Hybrid
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (3)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (19)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (21)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (7)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (14)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (13)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (20)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (4)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (15)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (10)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (6)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (5)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (2)
Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (17)

Related

640
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Harga Honda Jazz 2017, harga Honda Jazz Sport Hybrid, Honda Jazz 2017, Honda Jazz 2017 Malaysia, Honda Jazz Sport Hybrid, Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia, Honda Malaysia

Comments

  1. Razak says

    December 21, 2017 at 1:26 AM

    Apakah jenis minyak transmission yg digunakan oleh honda jazz 7 speed model baru. Mana lebih bagus guna minyak perlincir sae 0-20 atau 0-30?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev