• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi Bahan Api, Penyelenggaraan Percuma 2 Tahun Jika Beli Mitsubishi Triton, Xpander

Subsidi Bahan Api, Penyelenggaraan Percuma 2 Tahun Jika Beli Mitsubishi Triton, Xpander

December 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) menawarkan subsidi bahan api dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun kepada mereka yang membuat tempahan dan mendaftar model trak pikap Mitsubishi Triton atau XPANDER.

Untuk menikmati tawaran itu, tempahan dan pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh penganjuran Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang bermula dari 5 hingga 11 Disember 2024.

Perlu diingatkan, tawaran ganjaran itu tertakluk kepada varian kenderaan dan semua terma dan syarat yang ditetapkan MMM. Bagaimanapun, anda juga boleh membuat tempahan kenderaan di rangkaian pengedar rasmi Mitsubishi serta di KLIMS 2024.

MMM mendirikan reruai bertemakan Drive your Ambition dan mempamerkan kenderaan jenama Mitsubishi di tingkat dua di MITEC Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata:

Sebagai sebahagian daripada jenama Drive your Ambition dari Mitsubishi Motors untuk tahun ini, dan seiring dengan KLIMS 2024, MMM berbesar hati menawarkan penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan ganjaran bahan api untuk model terbaru Triton dan XPANDER.

"Kami mahu menawaarkan bahan api kepada pelanggan kami untuk menjelajah lebih jauh, memastikan mereka tiba ke destinasi dituju tanpa rasa bimbang terutamanya menjelang cuti hujung tahun.

"Sebagai tambahan, kami juga mahu membekalkan servis penyelenggaraan percuma, memberi kelegaan minda kepada pelanggan dan membolehkan mereka menikmati pengalaman pemilikan terbaik."

mitsubishi malaysia klims 2024 - 8
mitsubishi malaysia klims 2024 - 6
mitsubishi malaysia klims 2024 - 4
mitsubishi malaysia klims 2024 - 2
mitsubishi malaysia klims 2024 - 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Drive your Ambition, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton 2025, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Roda4, Shinya Ikeda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev