• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Yaris GR Sport (2025) Untuk Eropah, Warna Baharu, Kekal Dengan 1.5L 3 Silinder Hibrid

Toyota Yaris GR Sport (2025) Untuk Eropah, Warna Baharu, Kekal Dengan 1.5L 3 Silinder Hibrid

December 4, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter
Toyota Yaris GR Sport 2025

TOYOTA GR Yaris memang hebat sama ada di atas jalan raya awam atau versi Rally1 untuk Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Di sebalik kuasa 305 ps dan 400Nm daripada enjin G16E-GTS 1.6 liter turbo tiga silinder dengan pacuan semua roda, ada model yang jauh lebih ringkas.

Untuk pengguna biasa Toyota menawarkan Yaris dengan enjin hibrid M15A-FXE 1.5 liter tiga silinder dan pilihan 130 kuasa kuda (hp) atau 116 hp dan 120Nm (pasaran United Kingdom).

Toyota Yaris 2025

Motor elektrik depan model 130 hp memiliki kuasa 62 kW dan 185Nm. Model 116 hp pula 59 kW dan 141Nm.

Siri Yaris sudah terjual lebih 10 juta unit di serata dunia dan daripada itu lebih lima juta unit di Eropah sejak dilancar pada 1999.

Seperti sedia maklum, Yaris terbaru berbeza di antara pasaran Asia dan Eropah. Yaris generasi keempat untuk Eropah dikeluarkan di benua itu dan untuk pelanggan di sana.

Toyota Yaris GR Sport 2025

Untuk model 2025, Toyota menawarkan beberapa perubahan termasuk Yaris GR Sport. Dari luar, nampak sama tetapi berbeza dengan lencana GR pada panel jeriji.

Warna juga baharu iaitu Storm Grey dan tidak dibuat untuk Yaris biasa. Pelanggan boleh memesan warna seragam atau dua warna berbeza dan bersama rim aloi 18 inci warna kusam.

Bahagian dalam pula istimewa dengan kerusi sulaman merah dan aksen gun metal grey. Logo GR pada penyandar kepala satu lagi keistimewaan.

Toyota Yaris GR Sport 2025

Untuk Yaris biasa, Toyota juga memberikan warna baharu iaitu Forest Green dan boleh didapatkan dalam warna badan seragam atau bumbung hitam.

Yaris 2025 terus dibekalkan nadi hibrid dan pilihan Hybrid 115 atau Hybrid 130. Si kecil ini dilengkapi T-Mate yang merangkumi sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense terbaharu.

Toyota Yaris 2025

Skrin untuk pemandu boleh diubah dan skrin papan pemuka berukuran sehingga 10.5 inci. Dimaklumkan awal, Yaris 2025 termasuk Yaris GR Sport akan mula dikeluarkan pada Februari tahun depan.

Toyota Yaris GR Sport 2025:

Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.01
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.02
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.03
Toyota Yaris GR Sport 2025
Toyota Yaris GR Sport 2025
Toyota Yaris GR Sport 2025
Toyota Yaris GR Sport 2025
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.06
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.07
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.08
Toyota Yaris GR Sport 2025 Eropah.09

Toyota Yaris 2025:

Toyota Yaris 2025
Toyota Yaris 2025
Toyota Yaris 2025 Eropah.02
Toyota Yaris 2025
Toyota Yaris 2025
Toyota Yaris 2025 Eropah.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota Yaris, Toyota Yaris GR Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev