• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Corolla Cross 2025 Versi Dipertingkat Bakal Lancar di KLIMS 2024, Kini Ada EPB dan Autohold

Toyota Corolla Cross 2025 Versi Dipertingkat Bakal Lancar di KLIMS 2024, Kini Ada EPB dan Autohold

December 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PAMERAN Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 akan membuka tirai Rabu ini dan Toyota adalah antara antara jenama yang bakal menampilkan model terbaharu, diyakini Toyota Corolla Cross 2025 versi dipertingkat.

UMW Toyota Motor (UMWT) sebenarnya sudah membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Corolla Cross versi dipertingkat itu dengan anggaran harga bermula RM140,000.

Semakan di laman web Toyota Malaysia menunjukkan ada dua varian bakal diperkenalkan, iaitu Corolla Cross Hybrid Electric dan Corolla Cross HEV GR Sport.

Ada beberapa makluma penting dipamerkan dalam brosur disediakan UMW Toyota untuk dua varian berkenaan, iaitu:

1. Toyota Corolla Cross Hybrid Electric

  • Gril depan moden dengan rekabentuk premium yang membuatkan SUV itu nampak lebih maskulin, matang dan dinamik.
  • Ada butang mod elektrik EV Mode dan mod pandu Drive Mode.
  • Mod EV menjanjikan pemanduan lebih senyap dan sifar emisi, manakala mod ECO memaksimumkan kecekapan bahan api, dan SPORT pula menawarkan daya pecutan lebih responsif.
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan Brek Pegun (Autohold) menggantikan brek kaki tradisional.
  • Unit infotainment 10.1 inci dengan sambungan wayarles Android Auto dan Apple CarPlay
  • Kamera 360º panoramik.
  • Ada Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dan penghidup enjin kawalan jauh menerusi aplikasi Toyota MY App.
  • Ada lima warna pilihan: Celestite Blue (Biru), Red Mica Metallic (merah), Silver Metallic (perak), Platinum White Pearl (putih) dan Dark Turquoise (biru).

2. Toyota Corolla Cross HEV GR Sport

  • Menerima sistem suspensi sport yang ditala lebih keras, termasuk menambah baik spring dan strut untuk casis lebih tepat ketika membelok, manakala pemanduan lebih sporty.
  • Ruang kabin GR Sport menggunakan material kulit hitam dengan sulaman benang merah berserta logo GR.
  • Unit infotainment 10.1 inci dengan sambungan wayarles Android Auto dan Apple CarPlay
  • Kamera 360º panoramik.
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan fungsi pegun automatik (Autohold).
  • Ada Sistem Telematik Kenderaan (VYS) dan penghidup enjin kawalan jauh.

  • Ada tiga warna pilihan dwi-tona: Platinum White Pearl (putih-hitam), Red Mica Metallic (merah-hitam) dan Dark Turquoise (biru-hitam).

Kedua-dua varian itu dipakejkan dengan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid, inverter dan unit kawalan elektronik (ECU) pengurusan kuasa. Pembeli juga ada pilihan menambah tempoh waranti dua tahun.

Model Toyota Corolla Cross 2025 versi dipertingkat sudahpun mula dijual di Thailand. Bagaimanapun, UMW Toyota tidak memberi apa-apa maklumat mengenai trenkuasa SUV berkenaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), Roda4, Toyota Corolla Cross, Toyota Corolla Cross HEV GR Sport, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my