• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Lari Tinggalkan Bas dengan 11 Penumpang dalam Ops Bersepadu di Perak

Pemandu Lari Tinggalkan Bas dengan 11 Penumpang dalam Ops Bersepadu di Perak

November 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PIHAK berkuasa memburu seorang pemandu bas yang melarikan diri dengan meninggalkan bas ekspres bersama 11 penumpang di Hentian Sebelah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Perak, malam semalam.

Suspek meloloskan diri selepas memandu bas berkenaan masuk ke kawasan parkir untuk pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu di Hentian Sebelah RTC, Perak, kira-kira jam 10.30 malam.

Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bersama 11 penumpang ke Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Pemandu bas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah susulan pemeriksaan yang membawa kepad penemuan 'dapur' di bahagian kerusi pemandu.

Operasi menumpukan kepada kenderaan perdagangan dengan pemeriksaan bermula seawal jam 9.30 malam, membabitkan kekuatan 31 pegawai dan 113 anggota pihak berkuasa pelbagai agensi.

Operasi bersepadu itu dianjurakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dengan kerjasama 10 agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen dan Kastam.

HASIL OPERASI

  • Sebanyak 155 kenderaan diperiksa
  • 86 pemeriksaan Imigresen
  • 8 pemeriksaan kes Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • 61 saman dan tujuh notis kesalahan trafik dikeluarkan

SUMBER: TV3 | Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hentian Sebelah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Operasi Bersepadu, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my