• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pampasan RM1.53 Bilion Sebab Pencemaran Bunyi Lapangan Terbang Suvarnabhumi

Pampasan RM1.53 Bilion Sebab Pencemaran Bunyi Lapangan Terbang Suvarnabhumi

November 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


FIRMA pengurusan lapangan terbang di Thailand, Airports of Thailand (AoT) merancang untuk mengagihkan pampasan 12 bilion baht (RM1.539 bilion) kepada penduduk yang terjejas akibat pencemaran bunyi dari landasan ketiga di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Keputusan itu dibuat susulan satu mesyuarat pada Isnin lalu, 25 November 2024, melibatkan AoT, Kementerian Pengangkutan Thailand dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) untuk menyelesaikan tuntutan penduduk untuk 'kelegaan' daripada bunyi bising daripada pesawat yang menggunakan landasan baharu di lapangan terbang tersebut.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/11/DAPR_Animation_web-cover-and-in.mp4

Jurucakap Timbalan Menteri Pengangkutan, Kittiphon Ruayfuphan mengumumkan satu pampasan kadar pampasan mengikut undang-undang sudah diputuskan. Penduduk yang terjejas dibahagi kepada tiga kumpulan katagori iaitu:

  • Mereka yang layak menerima pampasan.
  • Individu yang bermasalah dengan hak pemilikan tanah.
  • Mereka yang secara teknikal tidak layak untuk sokongan kewangan.

Beliau menyatakan:

Penduduk yang memenuhi kriteria untuk pampasan akan menerima bayaran masing-masing sebaik sahaja kadar dimuktamadkan."

Untuk mereka yang ada isu berhubung pemilikan tanah, bantuan akan diberi untuk memperbetulkan dan melengkapkan dokumentasi masing-masing dan membolehkan mereka layak menerima pampasan.

Penduduk yang tinggal dekat landasan ketiga dan tidak memiliki tanya juga mungkin menerima pampasan tetapi tertakluk kepada survei yang akan dibuat Jabatan Kawalan Pencemaran yang akan menentukan impak pencemaran bunyi.

Jurucakap Majlis BMA, Surajit Phongsingwitthaya menyatakan penduduk meluahkan rasa bimbang tentang gangguan bunyi. BMA kemudian menggesa AoT dan Kementerian Pengangkutan untuk memaklumkan perkembangan terkini menyelesaikan itu itu kepada penduduk. Bayaran pampasan paling awal dijangka awal tahun depan.

Landasan ketiga di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sepanjang 4km dan selebar 60m dibangunkan selari dengan landasan pertama di sebelah barat. Kemudahan itu direka untuk pendaratan, meningkatkan kapasiti pengurusan kepada 94 penerbangan sejam berbanding 68 penerbangan dalam tempoh sama.

SUMBER: TheThaiger | AEC | Bangkok Post

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airports of Thailand, autoterkini, Kementerian Pengangkutan Thailand, Kittiphon Ruayfuphan, Lapangan Terbang Suvarnabhumi, pencemaran bunyi, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), Surajit Phongsingwitthaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev