• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Labur RM2.14b Buka Kilang CKD di Malaysia Tahun Depan

Hyundai Labur RM2.14b Buka Kilang CKD di Malaysia Tahun Depan

November 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Co bakal melabur AS$479 juta (RM2.14 bilion) di Malaysia untuk tempoh lima tahun bermula 2025, lapor Agensi Berita Yonhap.

Difahamkan Hyundai akan bekerjasama dengan syarikat tempatan, Inokom Corporation Sdn Bhd untuk menaik taraf kilang pengeluarannya di Kulim, Kedah.

Bermula pertengahan 2025, kilang tersebut akan mengeluarkan unit pemasangan tempatan (CKD) bagi model kenderaan pelbagai guna (MPV) dan minivan Staria. Malah, jenama itu juga sedang merancang mengeluarkan model lain seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana hingga besar di kilang sama.

Dari segi skala pengeluaran, dianggarkan 20,000 unit dikeluarkan dalam tempoh setahun dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Kenderaan dihasilkan di Malaysia ini juga akan diedarkan di pasaran tempatan dan dieksport ke Asean.

Pelaburan ini turut menunjukkan komitmen Hyundai dalam meluaskan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk aspek jualan EV, membina stesen pengecas, dan pengeluaran bateri.

Jurucakap Hyundai berkata;

Kami membuat keputusan pelaburan ini berdasarkan kepentingan yang semakin meningkat bagi Asia Tenggara dan pasaran Malaysia."

"Kami juga berhasrat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan bakat tempatan."

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hyundai Motor Co, Inokom Corporation Sdn Bhd, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD), Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Kilang CKD Hyundai, Kulim Kedah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev