• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Grab Malaysia Bantu Jana Pendapatan 10,000 Penduduk Termasuk OKU, Wanita di Terengganu

Grab Malaysia Bantu Jana Pendapatan 10,000 Penduduk Termasuk OKU, Wanita di Terengganu

November 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT e-hailng, Grab Malaysia telah berjaya membantu lebih 10,000 penduduk di Terengganu termasuk 60 orang kelainan upaya (OKU) dan 100 orang wanita untuk menjana pendapatan, sekaligus memacu ekonomi di negeri itu.

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, pemerkasaan komuniti Rakan Grab dengan penyelesaian digital dan peluang pendapatan yang membantu mereka berkembang maju adalah selaras dengan matlamat syarikat ini.

Sejak dilancarkan di Terengganu pada tahun 2017, Grab telah membangunkan platform untuk mendayakan ekonomi tempatan melalui penyelesaian teknologi yang menyokong komuniti Rakan Grab di negeri ini."

"Pada masa sama, kami juga ingin memastikan pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang mudah dan boleh dipercayai. Sebagai contoh di Terengganu, jumlah pendaftaran Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan telah meningkat lebih 20 peratus dari tahun ke tahun."

"Lebih mengagumkan lagi apabila lebih separuh dari PKS tempatan telah berjaya mengekalkan taraf lima bintang di platform Grab berdasarkan penilaian oleh jutaan penggemar makanan, sekali gus membuktikan kualiti tinggi dan kepercayaan yang dibina melalui ekosistem digital Grab."

Pengekalan taraf lima bintang di platform Grab ini juga membolehkan penduduk tempatan dan pelancong untuk menikmati pelbagai hidangan, barangan, serta perkhidmatan unik di Terengganu.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Grab Malaysia, orang kelainan upaya (OKU), Peluang Pekerjaan, Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), Rakan Grab, Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my