• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad Dedah Sebab Kenapa MLFF Belum Jadi Realiti di Malaysia

Ahmad Dedah Sebab Kenapa MLFF Belum Jadi Realiti di Malaysia

November 25, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SINGAPURA sudah menggunakan sistem tol tanpa palang (MLFF), manakala dua lagi negara jiran terdekat iaitu Thailand dan Indonesia pula sudah mula beralih ke arah penyediaan kemudahan itu untuk melancarkan trafik serta mengatasi kesesakan di laluan bertol. Malaysia bila lagi?

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tempoh rundingan sistem MLFF jika berasaskan perjanjian adalah hingga 16 Disember 2024. Namun...

Apa yang berlaku ialah... akan berlaku konsesi atas konsesi. Sekarang ini, kita ada 33 konsesi tol dan yang ini adalah untuk konsesi kaedah MLFF... iaitu Multi Lane Fast Flow ini. Jadi masalahnya, tidak semua konsesi bersetuju.

"Dalam rundingan 20 konsesi dan 13 lagi (konsesi) masih belum setuju. Semua sekali ada 33 konsesi (tol di Malaysia). 20 (syarikat konsesi tol) sedang dalam rundingan dan 13 tidak bersetuju."

Ahmad menjelaskan ada perkara lain berhubung sistem MLFF yang memerlukan pengubahan akta berkaitan. Beliau menjelaskan;

Satu lagi perkara tentang MLFF ini adalah kita perlu meminda akta tertentu kerana palang tol sekarang ini adalah (satu) bentu kawalan (untuk) jika siapa-siapa yang tidak membayar (tol) boleh kelihatan dengan jelas. Dan yang tidak membayar kini hanya 0.01 peratus (daripada pembayar tol) sama ada mereka melanggar (palang tol)... sedikit sangat kejadian itu (rempuh palang tol)

"Ataupun.. apa yang dipanggil sebagai tailgating. Tan Sri...(pelaku) memandu betul-betul rapat dengan kenderaan di hadapan dan boleh lepas. Itu semua sekali 0.01 peratus.

"Tapi kalau ada sistem tol yang tidak ada rumah tol macam sekarang. Maka mereka yang tidak bayar tol itu akan bertambah. Sekarang ini, kita kena pinda akta bagaimana cara, siapa nak kena bayar ini... mereka yang lari daripada pembayaran tol ini. Jadi itu, isu MLFF ini... kita menunggu 16 Disember 2024 kepada yang mencadang.

"Jika tidak dapat keseluruhan 22 (konsesi tol bersetuju), maka Kerajaan akan membuat cadangan lain."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), autoterkini, Datuk Seri Ahmad Maslan, isu plaza tol, konsesi tol, Tol Tanpa Palang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev