• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pameran Universo Ferrari Tayang Lebih 20 Model Ikonik Ferrari di Thailand

Pameran Universo Ferrari Tayang Lebih 20 Model Ikonik Ferrari di Thailand

November 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


UNIVERSO Ferrari merupakan pameran terbesar yang dianjurkan oleh Ferrari dan bakal berlangsung selama tiga hari bermula pada 23 hingga 25 November ini di UOB Live, Emsphere, Thailand.

Pameran ini juga akan mempamerkan lebih 20 model Ferrari yang luar biasa termasuk kereta-kereta edisi terhad, klasik, dan model baharu seperti Ferrari F80 dan Ferrari 12Cilindri.

Malah, ia turut menjadi platform pelancaran serantau model Ferrari dan Thailand menjadi destinasi pameran jelajah yang ke-4 selepas Itali, Australia, dan Korea.

Ketua Pegawai Pemasaran & Komersial Ferrari SpA, Enrico Galliera berkata;

Universo Ferrari ialah acara eksklusif yang mempamerkan keindahan abadi, inovatif teknologi, dan prestasi dinamik Ferrari yang telah menerajui industri automotif dengan lebih 77 tahun.”

“Saya gembira untuk memperkenalkan perjalanan inovasi ini kepada pelanggan dan peminat kami di Thailand, sekaligus menjadi pasaran yang sangat penting untuk Ferrari.”

Berikut merupakan perincian setiap zon yang ada di pameran tersebut:

  • Zon Racing: Jantung Ferrari, menampilkan model perlumbaan ikonik seperti F1-2000, yang membantu Michael Schumacher memenangi Kejohanan Dunia ketiganya dan menandakan kepulangan Ferrari kepada kegemilangan Kejohanan Pembina selepas 21 tahun. Turut dipamerkan kereta-kereta seperi Ferrari 499P Le Mans Hypercar, juara dua kali di 24 Hours of Le Mans pada 2023 dan 2024, serta teknologi di sebalik Ferrari F80.
  • Zon Sport Cars: Inovasi terbaru Ferrari dan kecantikan abadi seperti Ferrari Daytona SP3, SF90 XX Stradale, Purosangue, 296 GTB dan Ferrari terkini 12Cilindri dengan enjin V12 yang berkuasa.
  • Zon Ferrari Classiche: Mengimbau kembali sejarah kereta-kereta klasik seperti Ferrari 308 GTB dan Ferrari F50, disamping meraikan ulang tahun ke-50 Ferrari.
  • Zon Ferrari Lifestyle: Selami gaya hidup mewah Ferrari dengan paparan seperti Maranello Clutch dan pameran fesyen khas yang merangkumi keanggunan dan kecanggihan daripada jenama itu.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari thaiticketmajor.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Enrico Galliera, Ferrari, Universo Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my