• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Suzuki V-Strom 250SX 2024 yang Jimat Minyak, Sesuai Jadi Motor Hari-Hari

#TunggangUji: Suzuki V-Strom 250SX 2024 yang Jimat Minyak, Sesuai Jadi Motor Hari-Hari

November 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Malaysia melengkapkan tawaran barisan motosikal V-Strom menerusi ketibaan model advencer V-Strom 250SX 2024 pada minggu pertama Ogos lalu.

Suzuki V-Strom 250SX 2024 ialah varian terkecil dalam famili V-Strom yang ditawarkan pada harga RM17,800, tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran.

Suzuki Malaysia menyediakan satu unit V-Strom 250SX untuk ditunggang uji dalam tempoh empat hari. Berikut apa yang sempat saya pelajari mengenai motosikal advencer ini:

  • Suzuki V-Strom 250SX lebih sesuai digunakan sebagai motosikal harian di bandar kerana model ini tidak sukar dikendali untuk meredah situasi trafik sesak di ibu kota. Ini mungkin pilihan terbaik buat mereka yang perlu berulang-alik ke tempat kerja yang jauh dari rumah.
  • Sebelum menghidupkan enjin, tuil klac tangan perlu ditarik sebelum menekan butang penghidup. Cuma tekan sekali dan enjin akan dapat dihidupkan dengan mudah tanpa perlu menekan lama.
  • Kawalan hendal memberikan fiil tunggangan terasa seperti menunggang sebuah kapcai, tetapi perlu sedikit usaha untuk mengawal operasi klac.
  • Proses engaged gear rasa sedikit berat kerana model ini tidak dilengkapi ciri klac sliper. Juga tiada mod pemetaan enjin. Ingat, ini ialah model asas dalam famili V-Strom.
  • Nampak macam tinggi, tetapi V-Strom 250SX ini tidaklah susah untuk diimbangkan, terutama ketika berhenti di lampu isyarat atau mencelah barisan kenderaan kerana berat motosikal ini cuma 167kg.
  • Paparan panel meter digital serba lengkap dengan indikator baki petrol, dan disediakan juga port USB Type-A di sebelah kiri meter berserta penutup.
  • Prestasi sistem brek tidak menghampakan apabila diperlukan yang mana motosikal ini mampu dihentikan dengan selamat dengan ciri tambahan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Ciri seperti kowl enjin, gad tangan, rak kotak simpan barang dan visor angin didatangkan sebagai komponen standard. Jadi tidak perlu berbelanja lebih melainkan mahu menaik taraf aksesori sedia ada.
  • Fork depan walaupun jenis teleskopik konvensional dan tidak boleh laras, tetapi masih mampu bekerja dengan baik sepanjang tunggangan dengan bantuan monoshock di belakang.
  • Sepanjang menunggang uji dari Kuala Lumpur ke Melaka, saya tertarik dengan tayar MRF Mogrip Meteor M kerana menawarkan cengkaman yang baik dan tidak terasa membuang walaupun ketika meredah cuaca hujan lebat dan jalan licin ketika bergerak pulang ke ibu kota.
  • Kesan gegar dan getar daripada komponen badan atau bar hendal agak minimal walaupun motosikal ini menggunakan enjin silinder tunggal. Bahagian peg kaki penunggang dibalut material getah, manakala set pelana pula tebal.
  • Penggunaan minyak menjimatkan (bergantung gaya tunggangan) dengan anggaran setangki petrol penuh (12 liter) mampu memcapai jarak tunggangan sejauh lebih 450km, jika purata penggunaan petrol 2.6 liter per 100km.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda2 Tagged With: motosikal advencer, Motosikal Adventure, Suzuki Malaysia, Suzuki V-Strom 250SX edisi 2024, tayar MRF Mogrip Meteor M, Tunggang Uji, Yamaha V-Strom 250SX 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my