• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / CADB Lancar Dongfeng BOX 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM100k

CADB Lancar Dongfeng BOX 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM100k

November 22, 2024 By Azhan O Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI milik penuh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), CADB Central Auto Distributors Bhd (CADB) hari ini melancarkan model elektrik Dongfeng BOX 2025 untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM100,000.

Ada dua varian ditawarkan seperti berikut:

  • Dongfeng BOX E2 - RM100,000
  • Dongfeng BOX E3 - RM113,000

Berikut perincian mengenai Dongfeng BOX 2025:

  • Pelancaran ini juga adalah debut pertama dunia untuk Dongfeng BOX versi pemandung sebelah kanan (RHD).
  • Dongfeng ialah pengeluar automotif milik Kerajaan China yang berpangkalan di Wuhan dan turut terlibat menghasilkan aset militari Negara Tembok Besar itu.
  • Dongfeng BOX ialah model EV pertama dibina berasaskan platform canggih Dongfeng Quantum Architecture S3 dengan menampilkan rekabentuk kompak dan tangkas yang sesuai untuk pemanduan bandar.

Luaran

dongfeng-box-2025-launch-23
dongfeng-box-2025-launch-3
dongfeng-box-2025-launch-4
dongfeng-box-2025-launch-12
dongfeng-box-2025-launch-13
dongfeng-box-2025-launch-11
  • Memiliki dimensi  panjang 4,020mm, lebar 1,810mm dan tinggi 1,570mm.
  • Menampilkan garis badan aerodinamik dan licin dengan lampu utama LED, hendal pintu tersorok, bumbung apung dan tingkap pintu tanpa frem memberikan ilusi ringan dan dinamik.
  • Ada empat warna pilihan: Putih, Ungu, Hijau dan Biru.

Dalaman

  • Ruang dalaman menggunakan kemasan kulit corak berlian berkualiti untuk suasana kabin mewah dengan lampu ambien 32 warna pilihan, dan cermin pandang belakang tanpa bingkai.
  • Memiliki jarak roda 2,663mm untuk ruang kabin luas dengan penggunaan ruang optimum hingga 66 peratus.
dongfeng-box-2025-launch-14
dongfeng-box-2025-launch-18
dongfeng-box-2025-launch-19
dongfeng-box-2025-launch-16
  • Dilengkapi pelbagai ciri multifungsi yang selesa dan praktikal serta canggih, seperti mod baring rata dengan satu butang untuk pemandu utama.
  • Unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci jenis apung dengan pengecas wayarles untuk telefon bimbit, dan fungsi bantuan pemanduan pintar L2.
  • Ada konektviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Trenkuasa

  • Dijana unit pacuan elektrik Mach E 10-dalam-satu (10-in-1) yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga rendah.
  • Output kuasa 70kW (93.8hp) dan tork 160Nm, manakala kelajuan maksimum 140kmj.
  • Jarak pemanduan 430km (varian E3) sekali cas
  • Menyokong pengecasan pantas (DC) dan biasa (AC), dengan keupayaan mengecas DC 30-80 peratus sepantas 30 minit.
  • Dilengkapi fungsi pengecasan luaran (V2L) yang membolehkan pengguna mengecas peralatan elektrik pada bila-bila masa seperti ketika berkelah bersama keluarga atau rakan.

Ciri Keselamatan

  • Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Sistem Bantuan Pemandu Adaptif, Brek Kecemasa Automatik (AEB) dan Kawalan Jelajah Pintar (ICC).

Tawaran Pembeli Awal dan Waranti

Sempena merainkan pelancaran, pembeli awal yang membuat tempahan Dongfeng BOX berpeluang mendapat keistimewaan bernilai lebih RM5,000, terdiri daripada:

  • Pengecas mudah alih bernilai RM1,088.
  • Storan kabin depan bernilai RM1250.
  • Pilihan setahun kredit cas bernilai RM3,000; ATAU pengecas dinding rumah bernilai RM3,288; ATAU servis penyenggaraan bernilai RM3,000.

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti *lapan tahun/150,000km untuk bateri voltan tinggi, dan waranti *lima tahun/150,000km untuk komponen utama kenderaan.

* Mana satu tiba dulu

dongfeng-box-2025-launch-1
dongfeng-box-2025-launch-2
dongfeng-box-2025-launch-3
dongfeng-box-2025-launch-4
dongfeng-box-2025-launch-5
dongfeng-box-2025-launch-6
dongfeng-box-2025-launch-7
dongfeng-box-2025-launch-8
dongfeng-box-2025-launch-9
dongfeng-box-2025-launch-10
dongfeng-box-2025-launch-11
dongfeng-box-2025-launch-12
dongfeng-box-2025-launch-13
dongfeng-box-2025-launch-14
dongfeng-box-2025-launch-15
dongfeng-box-2025-launch-16
dongfeng-box-2025-launch-17
dongfeng-box-2025-launch-18
dongfeng-box-2025-launch-19
dongfeng-box-2025-launch-20
dongfeng-box-2025-launch-21
dongfeng-box-2025-launch-22
dongfeng-box-2025-launch-23
dongfeng-box-2025-launch-24
dongfeng-box-2025-launch-25
dongfeng-box-2025-launch-26
dongfeng-box-2025-launch-27
dongfeng-box-2025-launch-28
dongfeng-box-2025-launch-29

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Central Auto Distributors Bhd (CADB), Dongfeng, Dongfeng BOX 2025, Kenderaan Elektrik (EV), PEKEMA, Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev