BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) pada Sabtu lalu mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan BHPetrol 'Peraduan Pam & Beli, Syoknya Menang!' di BHPetrol Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak.
Peraduan tersebut berlangsung 1 Julai hingga 31 Ogos 2024 di stesen BHPetrol terlibat dengan menawarkan ganjaran kepada 40 pemenang dari seluruh Semenanjung Malaysia, seperti berikut:
- Hadiah Utama: 10 pemenang tunai RM5,000 dan kad petrol bernilai RM4,800 setiap seorang.
- Hadiah Kedua: 10 pemenang tunai RM3,000 dan kad petrol bernilai RM4,800 setiap seorang.
- Hadiah Ketiga: 20 pemenang baucar BHPetrol bernilai RM3,000 setiap seorang.
Senarai penuh pemenang diumumkan di laman Facebook rasmi BHPetrol.
Sepanjang tempoh promosi, setiap pelanggan BHPetrol yang membelanjakan minimum RM40 setiap transaksi untuk produk minyak atau produk barangan runcit secara automatik layak menyertai peraduan ini. Keistimewaan khas diberikan kepada ahli eCard BHPetrol yang mana setiap penyertaan dikira dua kali ganda berbanding peserta bukan ahli yang menyertai melalui borang Kod QR.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad (foto kiri) berkata;
Kami terharu dengan sambutan baik dan penyertaan tinggi dalam peraduan ini. Tawaran menarik ini berjaya menarik ramai pelanggan baharu dan pelanggan setia kami untuk mengunjungi BHPetrol.
"Kami berharap hadiah dimenangi akan memberi kegunaan kepada pemenang dalam keperluan harian mereka." katanya.
Terbaharu, peraduan 'Jom! Belanja Hingga Puas' kini sedang berlangsung bermula 1 November hingga 31 Disember 2024 dengan tawaran hadiah istimewa kepada ahli eCard BHPetrol untuk merebut peluang memenangi jumlah tunai bernilai RM200,000.
Selama lapan minggu, tunai RM5,000 akan diberikan kepada lima pemenang mingguan setiap minggu. Cara penyertaan, pengguna perlu membeli minimum RM40 produk petrol (RON95 atau RON97) di semua stesen BHPetrol.
Leave a Reply