• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Suzuki Swift Baharu Cuma Skor 3-Bintang Euro NCAP, Tetapi 4-Bintang untuk Varian Pek Keselamatan

#Videotomotif: Suzuki Swift Baharu Cuma Skor 3-Bintang Euro NCAP, Tetapi 4-Bintang untuk Varian Pek Keselamatan

June 3, 2017 By Azhan O Leave a Comment

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA banyak pengeluar masa kini berlumba-lumba untuk mencapai rating 5-bintang dalam ujian NCAP, agak mengejutkan apabila model Suzuki Swift baharu cuma mampu mencatatkan skor tiga bintang.

Bagaimanapun, rating tersebut diperoleh dalam ujian perlanggaran Euro NCAP yang memang cukup digeruni pengeluar automobil seluruh dunia. Euro NCAP boleh dianggap sebagai sasaran utama mana-mana pengeluar kereta yang bercita-cita mahu memenangi hati pembeli Eropah yang sangat kritikal tentang hal-hal keselamatan jalan raya.

Bagaimanapun, skor 3-bintang itu untuk varian standard, tetapi jika anda membayar lebih untuk varian dengan pek keselamatan, Suzuki Swift anda kini berstatus 4-bintang Euro NCAP. Terima kasih kepada sistem pembrekan kecemasan autonomi (AEBS) yang ditawarkan. Walaupun boleh dianggap usaha penambahbaikan yang baik, tetapi Swift baharu masih di belakang beberapa pesaing lain dalam kelas sama. Nissan Micra misalnya mendapat skor 5-bintang.

SISTEM BREK AUTOMATIK JADI SYARAT KETAT

Sebagai makluman, Euro NCAP mensyaratkan sesebuah kereta dilengkapkan ciri AEBS untuk mendapat skor sekurang-kurangnya 4-bintang. Jika tidak, kereta itu akan tersangkut pada skala 3 walaupun kenderaan anda diperbuat daripada besi Adamantium sekalipun.

Jika di Malaysia bagi ujian Asean NCAP, kami jangkakan Suzuki Swift tiada masalah untuk mendapat skor 4-bintang bagi varian standard dan 5-bintang untuk varian lebih premium dengan pek keselamatan. Mari saksikan video ujian perlanggaran yang dilalu Suzuki Swift.

SUMBER: Car Throttle

Related

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, city car, Euro NCAP, Roda4, supermini, Suzuki, Suzuki Swift, ujian perlanggaran Euro NCAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev