• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Concept F 450 GS - Model Baharu antara G 310 GS dan F 800/900 GS

BMW Concept F 450 GS - Model Baharu antara G 310 GS dan F 800/900 GS

November 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAWARAN motosikal kembara GS daripada BMW Motorrad semakin meriah menerusi pengenalan BMW Concept F 450 GS 2025.

Walaupun masih model konsep, model advencer ini nampak seperti sudah siap yang di dimaklumkan sendiri BMW hampir sedia untuk pengeluaran.

Model konsep itu ditunjukkan sebagai selingan GS yang dibuat untuk pemegang lesen A2 di Eropah (sebelum lesen A penuh) dan diposisikan antara BMW G 310 dan F 800/900.

Sebagai rujukan, berikut susunan siri BMW GS:

  • R 1300 GS
  • R 1300 GS Adventure
  • R 1250 GS Adventure
  • F 900 GS
  • F 900 GS Adventure
  • F 800 GS
  • G 310 GS

Berdasarkan susunan senarai di atas, model baharu ini bakal menjadi siri F kembara dengan enjin bersesaran paling kecil.

Menurut BMW, enjin dwi-silinder sebaris ini dibangunkan baharu, manakala pencucuhan ofset (pemasaan pencucuhan) belum pernah digunakan sebelum ini yang membentuk karakter dan memiliki ligatan agresif. BMW juga mengesahkan enjin ini memiliki output kuasa 48hp dan tork luar biasa walaupun pada rev rendah.

Selain dimensi kompak, ciri lain seperti nisbah sesaran kepada kuasa dan berat rendah adalah hasil daripada penyelesaian inovatif termasuk penggunaan bahan ringan seperti magnesium.

Komponen lain dimaklumkan dan boleh dilihat pada gambar ialah fork terbalik (USD) boleh laras penuh dan absorber belakang dengan damper mengikut beban yang diambil daripada teknologi sukan rali dan enduro.

BMW mensasarkan GS baharu ini mempunyai keupayaan off-road cemerlang dan pada masa sama pengendalian jitu di atas jalan raya.

Dari segi rekabentuk, BMW Concept F 450 GS diilhamkan daripada abang besar R 1300 GS dengan badan langsing seperti mengundang untuk melenjan model ini di laluan off-road.

Bagi model pengeluaran nanti, pengurus projek kenderaan, Johann Simon memaklumkan BMW akan menjadikan ia sehampir mungkin dengan model konsep dengan hanya mengubah ketinggian pelana supaya lebih mudah dinaiki dan dikendali.

Rim aluminium juga terbuka sebagai alternatif kepada rim jejari 19 inci di depan dan 17 inci belakang. Sistem elektronik model ini dilengkapi BMW Motorrad ABS Pro, brek prestasi (foto menunjukkan kaliper Brembo) dan mod tunggang boleh laras. Turut dilengkapi sistem BMW Connectivity dan panel meter TFT 6.5 inci.

BMW Motorrad merancang memperkenalkan model susulan pada 2025. Adakah anda yang sudah teruja?

Satu lagi, jika BMW G 310 R ialah kembar naked kepada G 310 F, bagaimanakah pula dengan kembar Concept F 450 GS dengan enjin yang sudah tersedia?

BMW Concept F 450 GS.11
BMW Concept F 450 GS.10
BMW Concept F 450 GS.06
BMW Concept F 450 GS.07
BMW Concept F 450 GS.08
BMW Concept F 450 GS.01
BMW Concept F 450 GS.02
BMW Concept F 450 GS.05
BMW Concept F 450 GS.03
BMW Concept F 450 GS.12
BMW Concept F 450 GS.04
BMW Concept F 450 GS.09
BMW Concept F 450 GS.13
BMW Concept F 450 GS.14
BMW Concept F 450 GS.15
BMW Concept F 450 GS.16
BMW Concept F 450 GS.17
BMW Concept F 450 GS.18
BMW Concept F 450 GS.19

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Concept F 450 GS, BMW F 450 GS, BMW Motorrad, model konsep, motosikal advencer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev