• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peraduan Toyota Dream Car Art Kembali untuk Edisi Ke-18

Peraduan Toyota Dream Car Art Kembali untuk Edisi Ke-18

November 20, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan Peraduan Toyota Dream Car Art (DCAC) edisi ke-18 kini kembali yang terbuka untuk kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah.

Peraduan itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak dan remaja berkongsi imaginasi dan rekabentuk kenderaan serta mobiliti yang akan mencorak masa depan sama ada kenderaan mesra alam, menggalakkan penyatuan atau mod pengangkutan baharu.

Pertandingan tahun ini, peserta boleh mengirim hasil lukisan tangan dan juga hasil seni digital melalui format A3 atau fail digital resolusi tinggi dalam format JPG atau PNG.

Peraduan Toyota Dream Car Art adalah pertandingan berstatus global anjuran Toyota Motor Corporation (TMC) di banyak negara. Ia berperanan sebagai platform untuk pengedar Toyota berhubung dengan komuniti setempat selain mengeratkan hubungan pelanggan.

Tema pertandingan tahun ini ialah 'Your Dream Car' yang bermula hari ini hingga 31 Januari 2025 dan terbahagi kepada tiga peringkat umur iaitu:

  • Kumpulan 1: 7 tahun dan ke bawah
  • Kumpulan 2: 8 hingga 11 tahun
  • Kumpulan 3: 12 hingga 15 tahun

Setiap kategori ada tiga pemenang utama iaitu Emas, Perak dan Gangsa selain dua pemenang sagu hati. Semua sembilan pemenang dari Malaysia (tiga daripada setiap kategori) akan dihantar ke Jepun untuk saingan peringkat global World Contest. TMC akan mengumumkan pemenang akhir pada Ogos 2025.

Pertandingan sama sebelum ini menyaksikan 710,000 penyertaan dari 90 negara. Maklumat lanjut boleh layari pautan ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Roda4, Toyota Dream Car Art, Toyota Malaysia, Toyota Motor Corporation (TMC), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev