• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MITI: Kerajaan Kekal Beri Insentif Pacu Infrastruktur Pengecas EV

MITI: Kerajaan Kekal Beri Insentif Pacu Infrastruktur Pengecas EV

November 19, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN kekal komited memberikan insentif bagi memacu pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara rasmi dalam Belanjawan 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) berkata, Program Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) adalah salah satu insentif diberikan Kerajaan yang mana pengendali tapak pengecasan (CPO) yang memenuhi kriteria galakan cukai dapat memperoleh pengecualian cukai berbentuk Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus selama lima tahun.

Elaun itu juga menjadi pendapatan berkanun yang boleh ditolak hingga 100 peratus bagi setiap tahun taksiran cukai.

Di samping itu, insentif dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan juga sedang ditawarkan kepada syarikat pengeluar peralatan pengecasan EV, iaitu dalam bentuk pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun bermula tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032."

Justeru Kerajaan menjangka jumlah terkumpul kenderaan jenis elektrifikasi (xEV) yang berada atas  jalan akan mencecah sekurang-kurangnya 400,000 unit kenderaan penumpang dan perdagangan menjelang 2030.

Dalam tempoh sembilan bulan 2024, jumlah jualan tahunan dicapai adalah 33,319 unit, manakala jumlah keseluruhan 2023 4.12 peratus, bersamaan 35,723 unit. Berikut antara xEV yang direkodkan sepanjang Januari-September 2024:

  • Kenderaan hibrid
  • Kenderaan hibrid plug in (PHEV)
  • Kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV)
  • Kenderaan elektrik sel bahan bakar (FCEV)

Dalam menyokong pembangunan petak pengecasan EV (EVCB), subsidiari Petronas, Gentari dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dianggarkan melabur dan berbelanja RM76 juta hingga Jun 2024.

Kesannya memberikan suntikan dana besar dan lebih banyak EVCB dapat dibina seluruh Malaysia yang turut disokong CPO lain.

Perkembangan positif ini dapat membantu meningkatkan keyakinan peminat EV untuk membeli dan menggunakan jenis kenderaan tersebut, serta dianggarkan 30 syarikat CPO kini beroperasi di pasaran tempatan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, gentari, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Kenderaan Elektrik (EV), kenderaan jenis elektrifikasi (xEV), petak pengecasan EV (EVCB), Program Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA), Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev