• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jose Munoz Warga Asing Pertama Dilantik Jawatan CEO Hyundai

Jose Munoz Warga Asing Pertama Dilantik Jawatan CEO Hyundai

November 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI dan Kia sudah biasa dengan eksekutif lantikan luar negara. Malah berbangga dengan piawaian tersebut dengan jabatan rekabentuk ibarat tempat berhimpun ramai pereka handalan. Imbuhan diberikan pastinya tidak murah, tetapi dipulangkan dengan hasil kerja atau rekabentuk menawan.

Terbaharu Hyundai Motor Company (HMC) mengumumkan pelantikan Jose Munoz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 Januari 2025.

Munoz akan mengetuai perniagaan global HMC dan menggantikan Presiden dan CEO sedia ada, Jaehoon Chang yang dinaikkan pangkat kepada Naib Pengerusi Hyundai Motor Group.

Munoz dilahirkan di Sepanyol dan menjadi warga asing pertama dilantik sebagai CEO syarikat Korea itu. Beliau akan mengawasi pelaksanaan visi syarikat berfokuskan pelanggan, iaitu 'Kemajuan untuk Kemanusiaan' dan mobiliti masa depan yang merangkumi elektrifikasi, penawaran pelbagai trenkuasa dan teknologi hidrogen.

Munoz akan memberi tumpuan untuk memajukan sistem pengurusan global syarikat bagi memperkukuh status Hyundai Motor sebagai jenama global.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang automotif dan sudah bersama HMC sejak 2019. Berikut pengalaman dan pencapaian bersama Hyundai:

  • Menyertai HMC pada 2019 sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Global dan Presiden dan CEO Hyundai dan Genesis Amerika Utara.
  • Dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah HMC dengan penambahan tanggungjawab merangkumi Eropah, India, Timur Tengah dan Afrika dan Asia Pasifik.
  • Turut menerajui jualan global, perkhidmatan dan perancangan produk dan sebahagian daripada Divisyen Operasi Global.

  • Menerajui struktur jualan yang menumpukan kepada keuntungan melalui pengurusan jumlah dan keuntungan dioptimum.
  • Langkah tersebut diterjemah kepada rekod jualan baharu, pertumbuhan pegangan pasaran dan prestasi kewangan untuk Hyundai dan Genesis di pasaran Amerika Utara yang menyumbang kepada pencapaian Kumpulan dalam menduduki tangga ketiga syarikat automotif global dari segi jualan.
  • Meningkatkan prestasi operasi, mengukuhkan rangkaian pengedar dan menambah baik daya saing syarikat dengan menarik serta mengekalkan bakat kepimpinan terbaik.
  • Di bawah kepimpinan beliau, HMG melabur AS$12.6 bilion (RM56.31 bilion) bagi membina fasiliti pengeluaran baharu Hyundai Motor Group Metaplant America dan dua usahasama bateri di Georgia.

Pengalaman Kerja

  • Ketua Pegawai Prestasi Nissan Motor Corporation dan Pengerusi Nissan China dan Amerika Utara.
  • 15 tahun bersama Nissan. Berjaya mencapai pertumbuhan keuntungan ketara dan rekod jualan.
  • 1999-2004 bersama Toyota Eropah.
  • 1996-1999 bersama Daewoo Motor Iberia.
  • 1986-1996 pengedar Citroën.

Latar Belakang Jose Munoz

  • Dilahirkan pada 1965 di Sepanyol.
  • Warga Amerika Syarikat.
  • Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dari Universiti Politeknik Madrid.
  • MBA Eksekutif - Sekolah Perniagaan IE Madrid.
  • Program Pengurusan Eksekutif - Sekolah Pengurusan Cranfield, UK dan Sekolah Pengurusan Perniagaan INSEAD, Perancing.
  • Mahir bertutur Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: CEO Hyundai, hyundai, Hyundai Motor Company, Hyundai Motor Company (HMC), José Muñoz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my