• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Naza Eastern Lancar Suzuki Jimmy Arctic 3-Pintu 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM167k

Naza Eastern Lancar Suzuki Jimmy Arctic 3-Pintu 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM167k

November 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal kenderaan Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd secara rasmi melancarkan varian terbaharu famili Jimny, iaitu Suzuki Jimny Arctic 3-Pintu 2025 pada harga RM167,900, tidak termasuk insurans.

Varian eksklusif ini turut dilancarkan pada acara Jimny Lifestyle Drive edisi ke-3 yang dihadiri 50 pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang juga terlibat dalam konvoi bermula dari bilik pameran Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya ke Aman Rimba Private Estate di Janda Baik, Pahang.

Dalam acara sama, Naza Eastern juga memperkenalkan dua warna baharu untuk varian baharu Suzuki Jimny 3-Pintu All Grip, iaitu Pearl White (putih) dan Chiffon (coklat cair).

Perbezaan varian edisi terhad ini berbanding varian asas hanya kosmetik luaran dan dalaman, serta tidak melibatkan enjin asal SUV berkenaan.

Berikut perincian Suzuki Jimny Arctic 3-Pintu 2025:

Luaran

  • Visor pintu
  • Cermin gelap 3-panel
  • Penutup tayar Arctic
  • Madgad hitam
  • Gril putih
  • Bampar depan dan belakang putih
  • Rocker panel putih
  • Gerbang roda putih

Dalaman

  • Kemasan tambahan keliling unit infotainmen
  • Karpet tebal eksklusif
  • Kerusi kulit Nappa dwi-tona

Pembeli terawal varian Jimny Arctic ini berpeluang menerima rebat istimewa bernilai RM7,000.

Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-12
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-14
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-17
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-18
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-19
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-20
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-21
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-22
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-23
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-24
Suzuki_Lifestyle_Drive_16_Nov_2024_Media-26

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jimny Lifestyle Drive edisi ke-3, Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Naza Eastern Motors Sdn Bhd, Roda4, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny 3-pintu, Suzuki Jimny Arctic 3-pintu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev