• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rafizi: Sumber Minyak, Gas Kini Kurang 50 Peratus di Semenanjung Malaysia

Rafizi: Sumber Minyak, Gas Kini Kurang 50 Peratus di Semenanjung Malaysia

November 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERTUMBUHAN ekonomi dilihat semakin membimbangkan berikutan sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan kira-kira 50 peratus di Semenanjung Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sumber ini memberikan kelebihan dalam peningkatan ekonomi dan agihan pendapatan, tetapi buat masa sekarang hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak.

Di sebelah Semenanjung, kita memang semakin kehabisan minyak dan gas, lima hingga 10 tahun lepas, jumlah pengeluaran minyak kita adalah sebanyak 700,000 tong sehari, sekarang dalam 350,000 tong sehari."

"Dalam tempoh 10 tahun dah berkurang separuh dan akan kurang lebih cepat.”

Tambah Rafizi, sumber yang ada di Sabah dan Sarawak itu pula digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaan kedua-dua negeri tersebut.

Ada juga usaha untuk dipertimbangkan kembali cara penagihan pendapatan sumber Sabah dan Sarawak ini."

"Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli-pembeli.”

Kekurangan sumber tersebut juga bakal memberikan cabaran besar kepada Kerajaan dalam mengagihkan dan menentukan peruntukan kepada setiap negeri di Malaysia.

Kini di Semenanjung, Kerajaan sudah mengimport 30 peratus gas untuk menjana elektrik dalam industri. Sekiranya tidak digunakan berhati-hati, maka Malaysia terpaksa bergantung kepada sumber dari negara asing.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gas, Kementerian Ekonomi, Rafizi Ramli, Sumber Minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my