• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JSPT: Treler, Lori Kecil dan Kontena Penyumbang Tertinggi Kemalangan Kenderaan Perdagangan

JSPT: Treler, Lori Kecil dan Kontena Penyumbang Tertinggi Kemalangan Kenderaan Perdagangan

November 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMALANGAN membabitkan kenderaan perdagangan yang meragut nyawa pengguna jalan raya lain semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Siri kemalangan yang semakin membimbangkan itu dilihat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sebagai isu serius.

JSPT berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap semua kategori kenderaan perdagangan di seluruh negara dengan mengambil tindakan di bawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)

Malah JSPT dalam kenyataan menegaskan tidak berkompromi dan akan tertindak tegas terhadap semua kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Berdasarkan statistik JSPT sepanjang Januari hingga September 2024, berikut kes kemalangan direkodkan:

  • 168 kes kemalangan
  • 97 kes maut
  • 32 kes kecederaan parah
  • 39 kes kecederaan ringan (kenderaan perdagangan)
  • 16 kes kecederaan ringan (kenderaan perkhidmatan)

Statistik Op Perdagangan Januari-September 2024:

  • 4,822 operasi seluruh negara
  • 38,367 saman dikeluarkan membabitkan kenderaan perdagangan
  • 177 kenderaan disita membabitkan pelbagai kenderaan

Kesalahan Utama Dikesan  JSPT:

  • Membawa muatan berbahaya
  • Tiada segitiga
  • Tiada bunga tayar
  • Lampu signal belok dan brek tidak berfungsi
  • Membawa muatan tidak kemas

JSPT berkata, kenderaan jenis lori kecil, treler dan lori kontena adalah penyumbang tertinggi kes kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan untuk tempoh sembilan bulan pertama 2024. JSPT mengingatkan pengusaha dan majikan syarikat kenderaan perdagangan supaya membuat tapisan berikut:

  • Tahap kesihatan pemandu dengan kesiapsiagaan dan kemahiran memandu
  • Penyelenggaraan berkala dipatuhi tanpa gagal
  • Pemeriksaan kenderaan dipatuhi sepenuhnya dan layak dipandu atas jalan raya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kemalangan kenderaan perdagangan, op perdagangan 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev