• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Petrol Euro 5 Akan Kekal Ikut Pasaran, Tiada Caj Tambahan Dikenakan

Harga Petrol Euro 5 Akan Kekal Ikut Pasaran, Tiada Caj Tambahan Dikenakan

November 15, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN penggunaan bahan api petrol Euro 5 bermula September 2025, Kerajaan memberikan jaminan harga petrol tersebut akan kekal mengikut pasaran semasa tanpa mengenakan sebarang caj tambahan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata;

Selama bertahun-tahun, kita secara berkala membuat perubahan seperti ini, kebiasaannya setiap tahun, menaik taraf spesifikasi bahan api."

"Sebagai contoh, diesel baru-baru ini dinaik taraf kepada Euro 5. Jadi, apabila perkara ini dilakukan, ia adalah satu pelaburan yang perlu dibuat, tetapi bukan oleh syarikat minyak atau pengguna."

"Ini proses berterusan dan tidak menjejaskan harga pasaran petrol."

Tambah Nik Nazmi, peralihan ini untuk memastikan pelepasan emisi dapat dikurangkan dan kualiti bahan api ditingkatkan tanpa menjejaskan kewangan rakyat.

Sistem yang Kerajaan mahu laksanakan ketika ini adalah mengekalkan harga untuk tahun depan bagi kira-kira 85 peratus penduduk."

"Kami sedang dalam proses memuktamad sistem untuk individu dalam golongan pendapatan 15 peratus teratas (T15), yang akan membayar mengikut harga pasaran. Ia berdasarkan sistem itu."

Sementara itu, Nik Nazmi turut menjelaskan sumber industri nadir bumi (REE) negara tidak mengandungi unsur radioaktif yang menjadi kebimbangan umum dalam kalangan kumpulan alam sekitar.

Tahap radiasi bahan api ini sangat rendah dan akan dikawal melalui lesen daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Bagaimanapun, isu utama melibatkan pengurangan pelepasan karbon, peralihan ke kenderaan elektrik (EV), dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui yang mana semua itu memerlukan sember REE.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Harga Bahan Api Petrol, industri nadir bumi (REE), Kenderaan Elektrik (EV), Kerajaan Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, Petrol Euro 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev