• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Auto Malaysia Mula Pengeluaran Omoda E5 di Kedah

Chery Auto Malaysia Mula Pengeluaran Omoda E5 di Kedah

November 15, 2024 By Shawkath 1 Comment

FacebookTwitter


CHERY Auto Malaysia (Chery Malaysia) memulakan pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Omoda E5 versi pemasangan tempatan (CKD) melalui kilang Inokom di Kulim, Kedah.

OMODA E5 adalah model keempat yang dipasang di kilang berkenaan selepas Omoda 5, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro. Penyertaan Chery Malaysia dalam program CKD dikatakan membantu mempromosi pertumbuhan industri automotif tempatan.

Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen berkata;

Dengan pengeluaran unit CKD pertama Omoda E5, ini bukti dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti dan komitmen kepada pasaran Malaysia.

"Dengan memasang kereta secara tempatan, ia bukan saja membolehkan kami menawarkan harga lebih kompetitif tetapi juga menandakan komitmen jangka panjang Chery di Malaysia, memupuk penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran dalam tenaga kerja tempatan."

Leo menambah, inisiatif ini selaras dasar pematuhan penyetempatan Kerajaan dan akan menyokong serta membantu Malaysia menjadi hab serantau untuk kenderaan elektrik (EV).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata;

Chery patut diberi pujian kerana 99 peratus daripada tenaga kerja pemasangan mereka di sini adalah rakyat Malaysia. Industrialisasi Malaysia harus membawa kepada pekerjaan lebih baik dan gaji lebih tinggi buat rakyat Malaysia, bukan lebih banyak pekerjaan untuk pekerja asing tidak mahir.

"Di mana saja yang mungkin, kita harus mengautomasi lebih banyak dan menggunakan lebih banyak teknologi,
bukan menggaji pekerja asing tidak mahir.”

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Chery Auto Malaysia, Chery Omoda E5 (2024), Leo Chen, Liew Chin Tong, Roda4, SUV Elektrik

Comments

  1. Pengguna kesal says

    November 16, 2024 at 8:50 PM

    Sebagai pengguna E5, aku sgt menyesal dengan servis chery. E5 ni umpama sekadar nak bgtau 'aku pon buat ev la'. Software xpeenah nak update. Kereta lain dah ota update, chery kene ke sc utk update. Tu pon xpernah ade pon. Aku tgk indon,uk,afrika sane dah ade online function. Patutlah sale kat Msia lemah. Igtkan bila o5 tu berjaya,samela dgn E5 ni. Tp kelaut. Xpeng yg baru launched pon dah ade ota update. Lemah la chery

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my