PENGEDAR rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) melancarkan kenderaan elektrik (EV) BYD Sealion 7 2025 ke pasaran Malaysia dalam dua varian, Premium dan Performance.
Pelancaran itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara Asean pertama melancarkan BYD Sealion 7 2025.
HARGA
BYD Sealion 7 2025 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh berasaskan bateri (BEV yang ditawarkan pada harga seperti berikut:
- Premium: RM183,800
- Performance: RM199,800
WARANTI
WARNA
Ada empat warna pilihan disediakan: Cosmos Black (hitam), Aurora White (putih), Atlantis Grey (kelabu) dan Shark Grey (kelabu).
PRESTASI
BYD Sealion 7 Premium
- Menawarkan kuasa 230kW (320hp) dan tork 380Nm
- Jarak pandu 567km
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.7 saat
BYD Sealion 7 Performance
- Menjanjikan kuasa 390kW (522hp) dan tork 690Nm
- Jarak pandu 542km
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat
BATERI, MASA MENGECAS
- Kedua-dua varian BYD Sealion 7 memiliki kapasiti bateri Blade sama, 82.5kWh.
- SUV EV ini boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas (DC) 150kW (CCS2) dan pengecas standard (AC) 11kW.
- Juga dilengkapi ciri V2L (Vehicle-to-Load) sebagai pembekal kuasa untuk kegunaan perkakasan elektrik.
BEZA PREMIUM, PERFORMANCE
Berikut perbezaan antara BYD Sealion 7 Premium dan Performance:
- Premium menggunakan rim 19 inci dengan tayar 235/50 (depan), dan 255/45 (belakang).
- Performance dipasang rim aloi 20 inci dengan tayar 245/45.
- Kaliper brek Performance berwarna merah, manakala Premium berwarna kelabu.
- Performance dijana dua unit motor dalam pacuan semua roda (AWD), manakala Premium dijana motor tunggal dalam pacuan roda belakang (RWD).
- Berat kasar Premium 2,225kg, manakala Performance 2,340kg.
GANJARAN, TRADE-IN
- Sempena ulang tahun kedua BYD di Malaysia, pemilik EV itu boleh menyertai program jual semula (trade-in) BYD masing-masing eksklusif untuk memiliki BYD Sealion 7.
- Pembeli awal diberikan kredit cas RM800 dan pengecas dinding percuma dengan syarat tempahan dibuat sebelum 17 November ini dan mendaftar kenderaan sebelum 31 Disember 2024.
PERINCIAN
- Dimensi panjang 4,830mm, lebar 1,925mm, dan tinggi 1,620mm
- Radius pusingan 5.85 meter
- Ruang simpanan bawah bonet 58 liter, dan but 500 liter
- Kapasiti tempat duduk 5 penumpang
- Suspensi double-wishbone di depan, dan multi-link (belakang)
- Sistem lampu LED penuh di depan dan belakang
- Sistem penghidup tanpa kunci menggunakan kad kunci NFC
- Pengecas wayarles
- Sistem penyaman udara dual zon automatik, dan ada ventilator penyaman udara di belakang.
- But kuasa
- Bumbung panoramik
- Tiada tayar ganti, tetapi dibekalkan kit baik pulih tayar
- Stereng multifungsi
- Unit infotainmen skrin sentuh 10.25 inci boleh ubah posisi vertikal dan horizontal
- Dilengkapi konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay wayarles, termasuk Bluetooth
- Sistem audio Dynaaudio dengan 12 pembesar suara
- Kerusi kulit boleh laras elektrik 8-tetapan (pemandu), dan 6-tetapan (penumpang depan)
- Ada ciri pengudaraan untuk tempat duduk depan
- Ada port USB Type-A dan C (depan dan belakang)
KESELAMATAN
Aspek keselamatan terdiri daripada:
- 9 beg udara
- Kamera pandang keliling 360º
- Sensor parkir depan dan belakang
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Bantuan Jelajah Pintar (ACA)
- Brek Kecemasan Automatik (AEB)
- Sistem Kuasa Brek Pintar (IBPS)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Elak Keluar Lorong (LDA)
- Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Sistem Brek dan Amaran Trafik Lintas Depan-Belakang (FRCTA)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Pegun Bukit (AHA)
- Bantuan Lampu Tinggi (AHB)
- Paparan Dongak (HUD)
Leave a Reply