• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda ADV160 2025 Jepun Dapat Warna Merah, Hitam Baharu!

Honda ADV160 2025 Jepun Dapat Warna Merah, Hitam Baharu!

November 14, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SETAKAT tahun ini, Boon Siew Honda (BSH) sudah dua kali memperkenal warna baharu untuk skuter advencer Honda ADV160.

Kali pertama pada Julai dengan warna Gray (kelabu) dan White (putih). Kali kedua pada Oktober dengan warna Matte Green (hijau kusam) dan Matte Red (merah kusam).

Nampaknya pelanggan di Jepun turut ditawarkan warna baharu, iaitu Millennium Red (merah) dan Asteroid Black Metallic (hitam).

Kini ada tiga warna dengan pilihan Pearl Smoky Gray (kelabu) terus ditawarkan. Ketiga-tiga warna untuk pasaran Jepun itu sama seperti dua warna terbaharu pasaran tempatan, iaitu ringkas tanpa grafik badan.

Di sebalik warna tersebut, Honda ADV160 versi Jepun berbeza pada panel sisi lantai dalam warna perak berbanding hitam. Panel tengkuk model Jepun itu berwarna hitam berbanding kelabu untuk model tempatan, manakala rekaan peredam ekzos Jepun juga berbeza.

Berikut spesifikasi Honda ADV160 versi Jepun:

Enjin

  • Dijana enjin KF54E silinder tunggal 156cc OHC 4-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI
  • Transmisi automatik CVT V-matic
  • Output kuasa 16ps (15.7hp) @ 8,500rpm, dan tork 15Nm @ 6,500rpm
  • Kapasiti tangki petrol 8.1 liter

Dimensi dan Berat

  • Dimensi panjang 1,950mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,195mm, manakala jarak roda 1,325mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Jarak tinggi bumi 165mm
  • Berat 136kg

Roda

  • Rim 14 inci dengan tayar 110/80-14M/C 53P (depan), dan  rim 13 inci dengan tayar 130/70-13M/C 57P (belakang).

Sistem Brek

  • Brek cakera petal 240mm (depan), dan cakera 220mm (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan.

Ruang Simpanan

  • Storan bawah pelana 29 liter
  • Storan panel depan 2 liter

Ciri Lain

  • Sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Sistem henti lahu Idling Stop System (ISS)
  • Kunci pintar Honda Honda Smart Key (HSK)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)

Honda ADV160 diimport dari Thailand dan Honda mensasarkan jualan tahunan 4,000 unit, manakala harga untuk pasaran Jepun 495,000 yen (RM14,130).

Honda ADV160 Millennium Red
Honda ADV160 Asteroid Black Metallic
Honda ADV160 Pearl Smoky Gray
Honda ADV160 2024 Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda ADV 160, Honda ADV160, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my