• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Škoda Kylaq Untuk India, 1.0 TSI, SUV Kecil Tak Sampai 4M!

Škoda Kylaq Untuk India, 1.0 TSI, SUV Kecil Tak Sampai 4M!

November 7, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

ŠKODA Auto sekali lagi membuktikan tumpuannya pada pasaran India melalui pengenalan model baharu Kylaq.

Syarikat dari Republik Czech dan di bawah Kumpulan Volkswagen sebelum ini menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Kushaq dan sedan Slavia dan ketiga-tiga model dibangunkan dari platform MQB-A0-IN.

Kylaq merupakan SUV ketiga Škoda di India selepas Kodiaq dan Kushaq. Berbeza daripada dua model tersebut, Kylaq direka khusus untuk kategori kenderaan di bawah empat meter dan merupakan segmen yang begitu popular di India dengan menguasai hampir 50 peratus pasaran.

Kylaq dibangunkan dan dikeluarkan di India dan namanya dipilih daripada pertandingan di sana. Kylaq bermaksud kristal di dalam bahasa Sanskrit dan diinspirasi daripada perkataan puncak.

Satu lagi yang menarik, pemenang pertandingan ialah seorang guru Al-Quran iaitu Mohammed Ziyad, dari Kerala.

Kylaq diuji dengan ketat dan merentasi lebih 800,000 kilometer pelbagai permukaan di India. Ujian merangkumi dari aras ketinggian laut sehingga 3,000 meter dan suhu daripada -10°C to +85°C.

Bagi memastikan mutu yang cemerlang, komponen dari polimer didedahkan di dalam keadaan udara terbuka selama dua tahun.

Sebagai tambahan, 100 sampel rawak melalui ujian air intensif dengan 25 sehingga 30 liter air per minit/m² dan pada sudut sehingga 16 darjah termasuk di dalam keadaan monsun yang melampau.

Bakal berada di jalan raya pada awal 2025, harga yang ditawarkan juga menarik iaitu 789,000 rupee (RM41,204).

Ciri-ciri Škoda Kylaq 2025:

Rangkaian kuasa:

  • Enjin: 1.0 TSI turbo, 3 silinder
  • Output kuasa: 115ps, 178Nm
  • Pacuan: Depan
  • Kotak gear: Manual 6-kelajuan atau automatik
  • Kelajuan maksimum: 188 km/j
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 10.5 saat (manual)

Ukuran:

  • Panjang 3,995mm lebar 1,783mm , dan tinggi 1,619mm
  • Jarak roda: 2,566mm

Rekabentuk luar

  • Gaya bahasa Modern Solid
  • Jeriji hitam dengan rasuk 3D
  • Lampu besar LED rekaan nipis dan minimalis
  • Corak heksagon pada bahagian sisi dan belakang
  • Lima warna termasuk Olive Gold baharu

Dalaman

  • Rekaan ringkas dan kemas
  • Skrin pemandu Digital Cockpit 8-inci, skrin tengah 10.1 inci
  • Kerusi depan dengan enam larasan berkuasa dan fungsi pengudaraan dan dipadan bersama Auto Climatronic (varian terpilih)
  • Bumbung suria, pedal tukaran gear, kerusi balutan kulit (varian terpilih)
  • Pelbagai ruang simpanan
  • Cangkuk beg pada but, pemegang botol Smartgrip, cangkuk baju kot, pemegang tiket pada pilar A
  • Ruang but 446 liter, 1,256 liter dengan kerusi belakang dilipat

Keselamatan

  • 25 ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif pada semua varian
  • 6-beg udara, Anti Brek-Kunci, Pembahagian Daya Brek Elektronik, Kawalan Penstabilan Elektronik
  • Multi-Collision Brake, Motor Slip Regulation, Pengunci Diferensial Elektronik, Cross Differential System (XDS+)
  • Lebih 35 ciri-ciri keselamatan untuk varian terpilih seperti lampu pembelokan, lampu besar dan pengelap cermin automatik, Kawalan Pegangan Cerun, pengawasan tekanan tayar
Škoda Kylaq 2025.01
Škoda Kylaq 2025.03
Škoda Kylaq 2025.02
Škoda Kylaq 2025.04
Škoda Kylaq 2025.05
Škoda Kylaq 2025.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ŠKODA, Škoda Kylaq

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev