• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub 50 Final Edition 2025, Hadiah Akhir daripada Honda!

Honda Super Cub 50 Final Edition 2025, Hadiah Akhir daripada Honda!

November 6, 2024 By Abang Hirata 5 Comments

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JIKA dibuat kiraan, ramai yang membesar dengan Honda Cub sama ada untuk bekerja, berniaga, belajar atau bersiar-siar.

Honda Cub juga menjadi objek sosioekonomi. Kepada pelanggan di Jepun, Honda memperkenalkan Super Cub 50 Final Edition. Namanya seperti menggambarkan sesuatu dan memang benar, Super Cub 50 dengan enjin 50cc akan ditamatkan.

Honda Super Cub 50 Final Edition hadir dalam warna Bonnie Blue (biru) yang mengingatkan kita kepada Super Cub lama.

Lencana depan, belakang dan kunci dibuat dalam rekaan khas, manakala rak belakang, penutup rantai dan swingarm mengggunakan warna biru seperti badan.

Bingkai meter berwarna krom dan begitu juga pelindung ekzos (hitam pada Super Cub 50 biasa), manakala pelana dibalut dwi-warna yang juga seperti model lama.

Di sebalik berita tentang penamatan, Honda akan terus menjual Super Cub 110, 110 Pro, Cross Cub 110 dan Super Cub C125.

Tempahan untuk Honda Super Cub 50 Final Edition dibuka bermula 8 hingga 24 November 2024 pada harga 297,000 yen (RM8,530).

Spesifikasi Super Cub 50

  • Model: Honda 2BH-AA09
  • Dimensi: Panjang 1,860, lebar 695mm , dan tinggi 1,040mm
  • Jarak roda: 1,210mm
  • Jarak lega bumi: 135mm
  • Tinggi pelana: 735mm
  • Berat: 96kg
  • Enjin: AA04E silinder tunggal 4-lejang 49cc OHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api PGM-FI
  • Transmisi: Klac automatik 4-kelajuan
  • Output kuasa: 3.7ps @ 7,500 rpm, 3.8Nm @ 5,500rpm
  • Roda: Tayar 60/100-17M/C 33P (depan), dan 60/100-17M/C 33P (belakang)

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, honda super cub, Honda Super Cub 50, Honda Super Cub 50 Final Edition

Comments

  1. mohd sukri mohd noor sukri mohd noor says

    November 7, 2024 at 12:32 PM

    Masukan saya dlm senarai tempahan utk honda c50/25 ni

    Reply
  2. Mohamed Razak bin Mohd. Yasim says

    November 7, 2024 at 10:30 PM

    Tuan.. saya berminat beli Honda Super Cup 50 sila hubungi saya. Terima kasih

    Reply
  3. Hishammudin Abd kader says

    November 9, 2024 at 10:19 AM

    nk oder

    Reply
  4. Mohd Shaari says

    November 10, 2024 at 8:47 AM

    HONDA LEGEN MOTOR

    Reply
  5. Mohamad Yasin Jusoh says

    November 11, 2024 at 10:10 PM

    How to order this motocycle

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my