HYUNDAI buat kali kedua melancarkan bas elektrik yang bakal dijadikan pengangkutan awam di Korea Selatan. Bas yang diberikan nama Elec City itu ditayangkan kepada umum sempena Pameran Mega Trak dan Bas Hyundai 2017.
Hyundai kali pertama mempamerkan bas elektrik penuh pada 2010. Namun, kenderaan elektrik (EV) tersebut tidak pernah memasuki fasa pengeluaran disebabkan kos bateri yang tinggi pada masa itu. Selepas tujuh tahun berlalu dan kos bateri mula semakin murah, barulah pengeluar automobil dari Asia Timur itu berani membuka mulut mengenai hal-hal pengeluaran dan jualan bas yang dikatakan dapat berada dalam pasaran seawal tahun depan.
BACA >>> #Bajet2020: Ada 500 Bas Elektrik untuk Pengangkutan Awam!
BATERI LEBIH LAMA, MURAH
Tampil dengan rupa konvensional, Elec City dikuasakan bateri polimer litium-ion 256kWh yang mampu memberikan jarak perjalanan hingga 290km, lebih 96.5 kilometer berbanding sedan EV, Ioniq. Kalau di Malaysia, sejauh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Merah, Perak, manakala kuasa dihasilkan motor elektrik 240kW itu dapat dicas penuh dalam masa sejam sahaja.
Dalam satu kenyataan, Hyundai berkata;
Elec City memberikan gambaran sepintas lalu ke arah masa depan pengangkutan awam. Bas ini menunjukkan kesesuaian trenkuasa elektrik-sepenuhnya bagi kegunaan komersil yang dirintis Hyundai Motor.
"Di atas jalan, Elec City menawarkan jarak pemanduan terbaik dalam kelas. Dengan bateri polimer litium-ion 256kWh, bas ini boleh dipandu sejauh 290km bagi sekali cas."
Malah, bas elektrik ini turut memuatkan pelbagai kemudahan keselamatan dan berteraskan pengguna seperti Pemantauan Pandangan Keliling (AVM) dan Kluster Digital Warna Penuh.
BACA >>> Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply