• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Bakal Laksana Ops Khas Motosikal 2024 Bermula Hari Ini

JPJ Bakal Laksana Ops Khas Motosikal 2024 Bermula Hari Ini

November 1, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sedang melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 selama dua bulan bermula hari ini (1 November) hingga 31 Disember 2024 di seluruh Malaysia.

Operasi ini juga melibatkan semua penunggang dan pemilik motosikal bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Perlaksanaan Ops Khas Motosikal ini adalah berdasarkan statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kematian dalam kemalangan secara bulanan yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 atau 70 peratus.

Bagi mencapai objektif keseluruhan operasi dalam meminimumkan kadar kemalangan pada suku ketiga dan keempat 2024. Terdapat lapan kesalahan utama yang akan difokuskan iaitu:

  1. Tiada Lesen Memandu
  2. Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) / Tamat Tempoh
  3. Tiada Perlindungan Insurans
  4. Melanggar Isyarat Lalu Lintas (Lampu Merah)
  5. Ubahsuai Kenderaan
  6. Tidak Memakai Topi Keledar
  7. Lumba Haram
  8. Kesalahan Lain (Teknikal)

JPJ turut memohon kerjsama semua pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM).

SUMBER: FB JabatanPengangkutanJalanMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ops Khas Motosikal 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev