CFMOTO Malaysia sebentar tadi melancarkan model sportbike 3-silinder CFMOTO 675SR-R edisi 2025 ke pasaran tempatan dengan dua warna pilihan. Harga asas jualan ialah RM37,888 tidak termasuk insurans, cukai jualan dan pendaftaran.
Model 675SR-R adalah varian pertama CFMOTO dengan trenkuasa 3-silinder sebaris di pasaran tempatan. Jentera middle-weight itu hadir dengan rekaan agresif sport moden dengan penggunaan winglet aerodinamik selain dilengkapi komponen penyejukan brek pada roda hadapan. Berikut ialah perinciannya:
WARNA
- Dua warna pilihan disediakan iaitu Nebula White (putih) dan Nebula Black (hitam).
PERINCIAN
- Trenkuasa 4-lejang 3-silinder sebaris 674cc DOHC penyejukan cecair 4-injap setiap silinder dengan sistem suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa 94hp @ 11,000rpm dan tork 70Nm @ 8,250rpm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir Assist & Slipper.
- Tempat duduk dua peringkat, jenis terpisah.
- Sistem pencahayaan LED penuh dengan gayaan boomerang, siap beserta lampu siang (DRL)
- Kapasiti tangki 15 liter.
- Fork terbalik (USD) KYB 41mm (depan), monoshock KYB boleh laras penuh di belakang.
- Frem jenis keluli aloi krom-molidenum (chrome-molybdenum).
- Dimensi panjang 2,020mm, lebar 728mm dan tinggi 1,105mm, manakala jarak roda 1,400mm.
- Tinggi pelana 810mm.
- Brek cakera kembar 300mm dengan kaliper 4-piston J.Juan (depan), cakera tunggal 240mm kaliper piston tunggal (belakang).
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi dan Quickshifter.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Berat kasar 195kg.
- Ada soket USB Type-C dan Type-A.
- Jaminan dua tahun tanpa had perbatuan.
Leave a Reply