• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tidak Lagi Terima Bayaran Tunai Bermula 1 Januari 2025

KTMB Tidak Lagi Terima Bayaran Tunai Bermula 1 Januari 2025

November 1, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal beralih kepada mod bayaran tanpa tunai termasuk transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya kini berada pada fasa peralihan bagi memberi pendedahan dan kesedaran terhadap orang ramai khususnya warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

Dalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini, kaunter-kaunter tiket masih menerima transaksi tunai. Pelbagai medium dan hebahan juga dilaksana bagi menguar-uarkan kempen."

“Antaranya, pemakluman notis dan video melalui media sosial rasmi KTMB, edaran bahan promosi di stesen, pengumuman di dalam tren serta kerjasama dengan bank tempatan untuk membuka reruai pendaftaran pembukaan akaun bagi mereka yang belum memiliki kad debit."

“Selain itu, kakitangan di stesen juga akan membantu pelanggan khususnya untuk mendaftar aplikasi KTMB Mobile (KITS), membuat pembelian tiket dan mendaftar atau menggunakan kad Komuter Link.”

Sementara itu, bagi 1,000 pendaftar terawal KITS juga akan menerima 500 mata 'railpoints' secara percuma sebagai galakkan orang ramai menyokong kempen tersebut.

Kini, semua stesen KTMB terutamanya di Lembah Klang dan Utara telah dilengkapi mesin kios bagi pembelian tiket komuter dan kereta api elektrik (ETS). Manakala bagi stesen-stesen utama di Pantai Timur pula mempunyai mesin kios untuk membuat pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran.

Bagaimanapun, mesin kios di stesen sektor Selatan pula hanya akan berfungsi setelah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru siap sepenuhnya.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi medium sedia ada seperti KITS atau laman sesawang www.ktmb.com.my.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ekspres Rakyat Timuran, Kereta Api Elektrik (ETS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KITS (KTMB Mobile), Komuter, Pembayaran Tanpa Tunai, Shuttle Timuran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my