• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Karnival Jom Heboh

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Karnival Jom Heboh

October 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BUAT pertama kali, Puspakom bakal menyertai Karnival Jom Heboh (KJH) anjuran Media Prima di Plaza Angsana, Johor Bahru, bermula dari 1 hingga 3 November 2024.

Tujuan utama Puspakom menyertai KJH ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali agensi tersebut dengan lebih dekat.

Orang ramai yang hadir turut berpeluang memenangi Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma untuk kenderaan persendirian di karnival tersebut dengan menjawab kuiz mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, amat teruja untuk memperkenalkan Unit Trak Bergerak kepada orang ramai di karnival ini. Menurut beliau, Unit Trak Bergerak yang turut dipanggil MTS (Mobile Truck Services) ini boleh menjalankan pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan laporan pemeriksaan yang sah.

Keistimewaan MTS ini adalah kemampuannya untuk bergerak ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana MTS beroperasi dan lebih memahami fungsi Puspakom secara langsung.”

“Kemunculan kami bersama unit bergerak di KJH ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran baharu syarikat yang bertujuan mendekatkan lagi diri kami dengan masyarakat umum.”

Pemeriksaan ini juga melibatkan 25 bahagian termasuk brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin, dan banyak lagi.

Kami menggunakan alat pemeriksaan berkomputer untuk memeriksa keberkesanan komponen kenderaan seperti cengkaman brek dan tahap pelepasan asap. Laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pemilik kenderaan sebagai rujukan, supaya mereka mengetahui keadaan sebenar kenderaan atau kerosakan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar."

Berikut antara pemeriksaan lain yang ditawarkan:

  • Pemeriksaan Tukar Milik – M.V.15 (B5)
  • Pemeriksaan Sewa Beli - B7
  • Pemeriksaan cukai Jalan Tamat Tempoh
  • Pemeriksaan Import Terpakai/Baharu - B2

Puspakom mengaplikasikan pendekatan SEE – Keselamatan (Safety), Alam Sekitar (Environment) dan Ekonomi (Economy). Pemeriksaan ini dapat membantu memastikan kenderaan lebih selamat, mengurangkan pencemaran udara melalui ujian asap, serta membantu kelancaran ekonomi dengan memastikan kenderaan komersial dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Karnival Jom Heboh (KJH), MTS (Mobile Truck Services), Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI), PUSPAKOM, Unit Trak Bergerak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev