• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton R3 Perkenal Barisan Pelumba untuk Sepang 1000km (S1K)

Proton R3 Perkenal Barisan Pelumba untuk Sepang 1000km (S1K)

October 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN Proton R3 secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba mereka yang bakal berentap dan mengambil bahagian dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K), pada November ini.

Terdapat empat pemandu yang telah dipilih oleh Proton R3 untuk memandu jentera baharu bagi perlumbaan kali ini iaitu dua unit Proton S70 R3. Pelumba-pelumba itu juga telah dipecahkan kepada dua kumpulan terdiri daripada dua pemandu senior dan dua pemandu junior.


Berikut perincian pemandu-pemandu S70 R3 S1K:

Kereta Nombor 81

  • Syafiq Ali, 37
  • Fahrizal Hasan, 43

Kereta Nombor 82

  • Ariff Azmi, 18
  • Alister Yoong, 21

Berdasarkan rekod dan pencapaian setiap pemandu ini juga dilihat sangat baik serta mempunyai potensi untuk merangkul kejuaraan yang ke-6 selepas tiga tahun Proton R3 tidak terlibat dalam perlumbaan S1K.

Gadingan untuk kereta 81 juga terlihat mempunyai peluang besar untuk bergelar juara kerana kereta itu bakal dipandu oleh Syafiq yang merupakan bekas juara S1K sebanyak tiga kali serta pasangannya, Fahrizal juga bekas juara untuk perlumbaan MSF Champion bagi kategori yang berbeza.

Dalam kereta 82 pula akan dipandu oleh Ariff yang merupakan pemandu paling muda dalam Proton R3 dan pasangannya Alister iaitu anak kepada bekas pemandu F1 Malaysia, Alex Yoong.

Dalam temubual bersama PanduLaju, Alister Yoong berkata:

Ini merupakan perlumbaan kategori MTC pertama saya, semestinya saya sangat dahagakan kemenangan lebih-lebih lagi dalam debut pertama bersama Proton R3 kali ini."

"Walaupun sebelum ini saya banyak fokus dalam perlumbaan F4 dan F3, ia tidak menjadi masalah untuk saya beradaptasi menggunakan kereta sedan seperti Proton S70 R3."

"Jika dibandingkan dengan kereta formula, bagi saya kereta ini mempunyai kelebihan darisegi berat dan juga sistem brek yang mempunyai ABS, jadi tidak susah untuk saya mengawal atau menekan brek terlalu kuat ketika berada pada selekoh tajam.

Perlumbaan S1K ini mempunyai 181 pusingan yang perlu dilengkapkan dengan anggaran masa selama 8 jam dan bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Setakat ini, Proton R3 mempunyai rekod cemerlang dengan memegang gelaran juara sebanyak lima kali pada 2012, 2014, 2017, 2018, dan 2019.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Litar Antarabangsa Sepang, Proton, Proton R3, Proton S70 R3, Sepang 1000KM (S1K)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev