• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Asing, T15 Perlu Bayar Harga Petrol RON95 Ikut Harga Pasaran Tanpa Subsidi

Warga Asing, T15 Perlu Bayar Harga Petrol RON95 Ikut Harga Pasaran Tanpa Subsidi

October 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GOLONGAN warga asing dan kelompok T15 perlu membayar harga petrol RON95 mengikut harga pasaran tanpa subsidi, kata demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya tidak menjadi jaguh kepada golongan maha kaya dan menegaskan bahawa penyasaran subsidi tidak akan membebankan 85 peratus rakyat Malaysia.

Anwar berkata:

"Soalnya sekarang apakah munasabah Kerajaan meneruskan subsidi kepada bukan warganegara dan golongan teratas termasuk maha kaya. Sebab itu kita akan naikkan harga ikut harga pasaran kepada warga asing dan juga T15.

"Ini bukan perkara baharu. Sebab dalam penyasaran subsidi diesel digunakan prinsip yang sama."

Beliau berkata sedemikian ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Semasa Belanjawan 2025, Kerajaan menyatakan cadangan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pada pertengahan tahun 2025, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Anwar dalam pembentangannya pada waktu itu berkata, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

SUMBER: Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Belanjawan 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maha kaya, Penyasaran Subsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev