• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berbasikal Tujuh Bulan dari China ke Arab Saudi Untuk Jumpa Cristiano Ronaldo

Berbasikal Tujuh Bulan dari China ke Arab Saudi Untuk Jumpa Cristiano Ronaldo

October 29, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemuda sanggup menempuhi perjalanan panjang selama tujuh bulan dari China ke Arab Saudi demi memenuhi hasrat untuk bertemu pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, lapor South China Morning Post.

Pemuda itu dikenali sebagai Gong, 24 yang berasal dari wilayah Anhui di timur China memulakan perjalanan dari rumahnya ke utara Beijing sebelum menuju lebih jauh ke arah Barat, pada 18 Mac lalu.

Berikut antara negara yang dilalui Gong sepanjang perjalanan tersebut:

  • Kazakhstan
  • Georgia
  • Iran
  • Qatar
  • Arab Saudi

Semasa memulakan aktiviti berbasikal menuju ke Asia Barat, Gong hanya membawa dua power bank berkapasiti 60,000mAh, satu khemah, peralatan memasak, pakaian dan beberapa keperluan asas lain.

Untuk mengurangkan masalah komunikasi dengan penduduk di negara yang dia lewati, Gong juga menggunakan aplikasi terjemahan bagi membantunya mendapatkan maklumat atau sebarang bantuan di negara tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu Gong tiba di Riyadh, Ronaldo pada ketika itu masih berada di Eropah dan perlu beraksi dalam satu perlawanan bola sepak. Namun, kakitangan di Al Nassr berjanji akan mengatur satu pertemuan selama satu minit dengan idolanya itu.


Semasa pertemuan selama satu minit, Gong menganggap ia seperti satu mimpi apabila Ronaldo berjabat tangan, memeluknya dan menandatangani jersi Al Nassr nombor 7.

Selepas pertemuan itu, Gong bakal meneruskan perjalanan dengan basikalnya menuju ke kampung halaman Ronaldo di Portugal.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berbasikal Tujuh Bulan, China ke Arab Saudi, Cristiano Ronaldo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev