• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kantoi Khalwat, Pasangan Kekasih dalam Vellfire Nekad Langgar, Seret Motor Polis

Kantoi Khalwat, Pasangan Kekasih dalam Vellfire Nekad Langgar, Seret Motor Polis

October 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki sepasang kekasih merempuh dan menyeret motosikal polis yang melakukan pemeriksaan ketika pasangan itu berduaan dalam kenderaan itu di Jinjang, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Insiden berlaku sekitar jam 11.45 malam melibatkan dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum ternampak MPV terbabit dengan keadaan enjin dihidupkan di satu lorong gelap di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata;

Seorang daripada anggota berkenaan kemudian meletakkan motosikal di hadapan MPV itu dan menyuluh ke dalam sambil mengeluarkan kad kuasa polis."

"Bagaimanapun, suspek lelaki yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan terus bergerak ke bahagian pemandu dan bertindak menekan minyak lalu melanggar motosikal anggota polis berkenaan dan menyeretnya sejauh 300 meter sebelum melarikan diri."

Menurutnya, kedua-dua anggota polis sempat mengelak daripada dirempuh sebelum bertindak mengejar MPV suspek yang menuju ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan berjaya melarikan diri.

Hasil maklumat diterima, kedua-dua suspek berusia 27 tahun itu ditahan sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak. semalam.

Suspek lelaki, yang bekerja sebagai penghantar makanan direman tujuh hari, manakala suspek wanita yang bekerja sebagai guru tadika direman dua hari. Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Motosikal Polis, Polis Daerah Sentul, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Takut Kantoi Berkhalwat, Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev