• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Ekonomi: Tuntutan Subsidi Diesel Turun 51.6 Peratus pada Ogos Berbanding Mei

Kementerian Ekonomi: Tuntutan Subsidi Diesel Turun 51.6 Peratus pada Ogos Berbanding Mei

October 23, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KEMENTERIAN Ekonomi menyatakan jumlah subsidi diesel dituntut syarikat minyak menurun 51.6 peratus pada Ogos 2024 berbanding tuntutan pada Mei 2024 selepas subsidi diesel bersasar dilaksanakan pada Jun tahun ini.

Dalam kenyataan disiarkan di laman web Parlimen, Kementerian mendakwa kuantiti tuntutan turut mengalami penurunan 47.4 peratus dalam tempoh sama.

Mulai tahun in Kerajaan akan melaksanakan penyasaran semula subsidi secara berfasa bagi membendung ketirisan yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

"Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel ini, Kerajaan menganggarkan penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM4 bilion setahun."

Penyasaran subsidi diesel dibuat selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi untuk ayam dan bil elektrik, dengan mensasarkan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan darat melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) menerusi penggunaan kad flit (fleet card).

Melalui kaedah ini, syarikat logistik yang diluluskan layak mendapat bekalan diesel di stesen minyak pada harga RM2.15 seliter."

"Kenderaan pengangkutan awam darat, termasuk bas sekolah, bas ekspress, bas henti-henti, ambulan, dan bomba sukarela masih menikmati harga super subsidi pada RM1.88 seliter dan sektor nelayan pada RM1.65 seliter."

Kerajaan juga melancarkan program Budi Madani Individu dan Budi Madani Agro-Komoditi dengan memberikan bantuan tunai RM200 sebulan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak seperti petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Langkah ini diambil bagi mengimbangi kesan kenaikan harga diesel tanpa menjejaskan pendapatan boleh guna kumpulan bersasar.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani Agri-Komoditi, Budi Madani Individu, Kementerian Ekonomi, Penyasaran Subsidi Diesel, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), Tuntunan Subsidi Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my