SEDAN 4-pintu fastback terbaru Volkswagen (VW), Arteon selamat dilancarkan dengan menampilkan enam varian pengecas turbo TSI petrol dan TDI diesel, bersama versi paling berkuasa didatangkan dengan sistem pacuan semua roda 4Motion sebagai standard.
Barisan varian Arteon dibahagikan kepada tiga trim, iaitu;
- Arteon - versi standard
- Arteon R-Line - versi sporty
- Arteon Elegance - versi premium
Setiap versi Arteon didatangkan dengan ciri standard seperti lampu utama dan lampu belakang LED, lampu siang (DRL) LED, Keyless Go, sistem audio lapan pembesar suara dan port auksiliari-USB, plat pemijak pintu keluli tahan karat, sistem kawalan suhu elektronik, kerusi depan semi-elektrik, Sistem Amaran Pemandu, dan Stereng Progresif.
Versi R-Line pula memuatkan ambilan udara depan hitam berkilat, roda stereng sport kemasan kulit, kerusi kulit/Alcantara, rim aloi Sebring 18-inci, bampar R-Line, ekzos plat-krom dan lain-lain.
Bagi versi Elegance dilengkapkan penutup cermin sisi krom, lampu belakang LED dengan fungsi cahaya indikator dinamik, sulaman kontras pada kerusi kulit/Alcantara dan karpet lantai, rim aloi Muscat 18-inci dan lain-lain.
SISTEM BANTUAN PEMANDU
Volkswagen Arteon ialah model pertama VW yang memuatkan begitu banyak sistem bantuan pemandu seperti Bantuan Kecemasan 2.0 (Emergency Assists) dan sistem perlindungan penumpang pra-perlanggaran yang memantau kenderaan di belakang dan sebelah, menutup tingkap dan bumbung suria serta mengetatkan tali pinggang keledar apabila mengesan bahaya perlanggaran.
VW mendakwa ruang kabin direka luas daripada kebiasaan kenderaan sekelas dengan jarak roda 2,841mm. Ciri teknologi tinggi menampilkan Paparan Info Aktif (AID) pada kluster instrumen pemandu dan sistem infotainment 9.2-inci sebagai opsyen dengan kawalan gestur.
Barisan enjin pula bermula daripada:
- 1.5L TSI - 148hp
- 2.0L TSI - 187hp dan 276hp
- 2.0L TDI - 148hp, 187hp dan 236hp
Semua varian enjin petrol, termasuk model diesel 148hp dan 187hp ada menawarkan model manual 6-kelajuan sebagai standard, manakala selebihnya didatangkan dengan transmisi automatik klac-dual 7-kelajuan.
Sekarang mari kita saksikan gambar-gambar menarik dan mengancam VW Arteon!
Leave a Reply