• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #RetroAuto: Škoda Felicia Model 'Pertama' Selepas Berada Di Bawah Kumpulan Volkswagen, Kini Berusia 30 Tahun

#RetroAuto: Škoda Felicia Model 'Pertama' Selepas Berada Di Bawah Kumpulan Volkswagen, Kini Berusia 30 Tahun

October 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

ŠKODA adalah satu daripada contoh pengeluar kereta yang berada di bawah naungan kumpulan automotif yang besar.

Kumpulan Volkswagen mula memiliki pegangan di dalam Škoda pada 1991 dan semakin dominan pada 1994. Seperti biasa, langkah awal menjadi detik penting bagi menyaksikan strategi yang diambil.

Škoda Felicia menjadi kereta pertama yang dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen. Dari segi sejarah, Felicia pernah dikeluarkan dari 1959 sehingga 1964 dan model yang diperkenal pada 1994 merupakan kemunculan semula selepas berpuluh tahun tanpa pengganti.

Felicia diperkenal secara rasmi pada 26 Oktober 1994 di lokasi yang ikonik di Prague iaitu Jambatan Charles.

Pengeluaran Felicia dimulakan lebih awal iaitu pada September di kilang Vrchlabí sebelum disusuli kilang Mladá Boleslav pada 17 Oktober 1994.

Felicia sebenarnya dibangunkan dari Škoda Favorit sebelum itu dan menggunakan rekaan baharu dengan model hatchback 40 milimeter (mm) lebih panjang dan 15 mm lebih lebar. Kapasiti but juga meningkat sebanyak 21 liter kepada 272 liter.

Enjin 1,289cc petrol empat silinder mempunyai dua kuasa iaitu 54.4 ps dan 68 ps. Pada 1995, Felicia dibekalkan enjin 1.6 MPI dengan kuasa 74.8 ps dan enjin diesel 1.9 D 63.9 ps.

Kerjasama yang rapat bersama Kumpulan Volkswagen membolehkan Felicia dilengkapi perkakasan moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), stereng kuasa, penyaman udara, kerusi depan dengan pemanas dan sehingga empat beg udara.

Kehebatan Felicia diperakui dan dinamakan sebagai Kereta Tahunan Republik Czech pada 1994.

Pada Jun 1995, Škoda memperkenalkan model wagon (combi) dengan ukuran panjang 4,205 mm dan ruang bagasi 477 liter. Bulan Ogos berikutnya kilang Kvasiny mengeluarkan versi utiliti iaitu Pickup dan Vanplus.

Daripada model Pickup, lebih daripada 4,000 buah varian unik Felicia Fun dikeluarkan. Varian ini menyerlah dalam warna kuning dan kerusi 2+2 yang boleh dianjak keluar dari kabin.

Pada Februari 1998, Felicia versi rupa baharu diperkenal dan selari dengan gaya bahasa Škoda yang terkini dan dimulakan oleh Octavia. Ukuran juga bertambah sebanyak 28 mm dan 32 mm untuk model wagon selain warna badan baharu dan tambahan pilihan perkakasan.

Sepanjang pengeluarannya, Felicia ditawarkan dalam pelbagai versi dan edisi istimewa. Pada 1995, varian teratas Laurin & Klement diperkenalkan buat kali pertama untuk Felicia.

Pada 1996, edisi Atlanta sempena Sukan Olimpik Musim Panas mengambil tempat. Lagi edisi yang menarik seperti Sport Line, Color Line, Excellent dan beberapa lagi. Sukan permotoran juga tidak dilupakan dan Felicia bersaing di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dari tahun 1995 sehingga 1997 dan berjaya mencatatkan keputusan yang baik.

Semasa pengeluaran tamat pada Jun 2001 sebanyak 1,401,489 buah Felicia berjaya dikeluarkan.

Skoda Felicia
Skoda Felicia dan Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia
Skoda Felicia
Skoda Felicia Combi
Felicia
Skoda Felicia Combi
Felicia Combi
Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia
Skoda Felicia Fun
Skoda Felicia Fun

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kumpulan Volkswagen, ŠKODA, Škoda Felicia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev