• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Sedia Hadap Reaksi Rakyat Selepas Tarik Semula Subsidi RON95

Kerajaan Sedia Hadap Reaksi Rakyat Selepas Tarik Semula Subsidi RON95

October 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN penarikan semula subsidi petrol RON95 yang diumumkan ketika Belanjawan 2025, Jumaat lalu, Kerajaan menyatakan kesediaan menghadapi pelbagai reaksi rakyat Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Kerajaan sedang menimbangkan sistem dua harga dengan harapan 15 peratus golongan maha kaya (T15) dapat membayar kadar pasaran RON95, manakala golongan lain akan mengikuti harga subsidi semasa.

Dijangka Kerajaan mungkin dapat jimat RM8 bilion setahun walaupun juga boleh mencetuskan kenaikan harga pada pusingan kedua dan membawa kepada lonjakan inflasi."

“Kami bersedia menghadapi cabaran akan datang walaupun Kerajaan meluangkan masa untuk mempersiapkan rakyat dan menjelaskan alasan mengenai reformasi subsidi."

"Ini keputusan yang mempengaruhi kehidupan semua orang.”

Rafizi berkata, Kerajaan bertanggungjawab memastikan perkara tersebut dapat diuruskan dengan baik walaupun hanya melibatkan sebahagian kecil populasi yang terdedah kepada harga RON95 lebih tinggi.

Adalah menjadi kelaziman ekonomi Malaysia jika berlaku kenaikan harga bahan api, kita akan melihat segalanya turut meningkat."

"Simulasinya adalah jika ada kenaikan harga, kami perlu melalui sekurang-kurangnya kitaran 12 bulan sebelum inflasi stabil semula kepada sekitar dua peratus."

Namun, Kerajaan turut menjangka kadar inflasi akan berada dalam purata 2-3.5 peratus pada tahun depan berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus pada 2024.

Sekiranya kadar inflasi mencecah 3.5 peratus, ini senario terburuk yang diharapkan tidak berlaku jika rakyat mematuhi sistem harga untuk RON95.

Fokus Kerajaan juga untuk melaksanakan reformasi subsidi dan mengoptimum perbelanjaan sebelum dapat mempertimbang kembali cukai penggunaan.

“Selepas mengalami pertukaran pemimpin sejak 2018, Kerajaan semasa mempunyai alasan untuk berhati-hati. Kami tidak mahu menjadi kumpulan hit yang hanya berjaya sekali.”

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2025, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Ron95, subsidi penyasaran RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my