• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Exora Sumbat 20 PATI dari Myanmar

Polis Tahan Exora Sumbat 20 PATI dari Myanmar

October 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan sebuah Proton Exora kerana didapati cuba menyeludup 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di Kampung Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Kelantan, Ahad lalu.

Serbuan dibuat sekitar jam 8.47 malam selepas polis terserempak kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berada dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di Jalan Bendang, Morak.

Ketua Polis Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata;

Curiga dengan situasi itu, anggota bertugas berusaha menahan MPV itu, tetapi pemandu terbabit bertindak memecut laju dalam keadaan bahaya."

"Setiba di lampu isyarat Wakaf Bharu, suspek melanggar lampu isyarat merah. Pada masa sama, pemandu MPV itu juga bertindak agresif dengan melanggar kenderaan peronda polis hingga menyebabkan kerosakan."

Suspek kemudian memasuki susur jalan ke Kampung Pohon Tanjong sebelum terbabas dan melanggar  pembahagi jalan. Ketika dihampiri polis, kelihatan dua lelaki cuba melarikan diri ke arah semak.


Bagaimanapun, polis berjaya menahan salah seorang suspek dan pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat 20 PATI tanpa dokumen perjalanan sah dalam MPV berkenaan.

Polis juga membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007 (Akta 670) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), proton exora, Sumbat 20 PATI dalam Exora

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev